my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Sesal kemudian tak guna

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...


Kenapa? kak zana atau pb dah buang tebiat ke? haha.....memang beberapa hari ni nak belajar melukis....tu la....dulu2 belajar komputer tak habis, baru sekarang nak ambik diploma dari dapur......huwaaaa!

Sebenarnya ada entry pasal anak yang dapat keputusan periksa tak berapa nak memuaskan hati. Belum tahu dapat nombor berapa tapi.......biasalah kalau ayahnya cikgu, mesti dah boleh agak kalau tengok pada markah peperiksaan.

Dua hari lepas, waktu pagi sebelum ke sekolah. Anak ni termenong dan menangis (biasalah....menyesal kemudian) kerana dapat bebelan percuma dari ayahnya.

Pertama, gagal dapat markah tinggi kerana sikap malas membaca.
Walau dikurniakan bijak bagaimanapun seperti Dr Sheikh Muzaffar, tapi kalau malas, memang takkan kemana. Ayah dah pesan, biasakan diri dengan membaca tak kira surat khabar, majalah, buku cerita atau apa saja. Buku sekolah tu memang la wajib. Orang yang bodoh sekali pun tapi kalau dia rajin, insyaAllah akan pandai juga.

airmata dah berjurai-jurai.......

Kedua, tidak ada disiplin.
Bila ibu dan ayah suruh, suka mengelak seolah belajar tu menyiksakan. Lebih tengok tv dan main bola. Disiplin bukan saja perlu masa belajar tapi dalam kehidupan seharian. Bila ibu pesan kena balik sebelum maghrib, janji bukan main lagi, nak balik sebelum tu. Tapi sampai azan maghrib baru terjengol. Ibu tak kisah, ibu tunggu belakang pintu je dengan rotan!

tambah lagi berjurai airmata....

Ketiga, cuai dan ambil mudah.
Semua yang ibu dan ayah suruh diambil mudah dan tak masuk dalam kepala. Hari ni cakap, tengahari lupa, petang nanti ulang lagi, malam terus hilang. Orang yang cuai akan ketinggalan. Contohnya jawab soalan periksa, kekadang senang je sebenarnya. Tapi sebab cuai, tak selak balik dah buat ke belum. Banyak kali dah jadi macam tu.........kesannya walaupun silap satu atau dua, akan mengurangkan markah kita.

dah tak lalu nak makan dan minum masa ni......

Dua tiga hari ni memang dia berubah sekejap. Harap2 berterusan hendaknya. Pukul tak, herdik pun tidak.......mak bapak membebel bukan nak bagi anak stress tapi anak2 ni kalau tak di ingatkan selalu, memang hanyutlah hidupnya.

Ibu dan ayah tak pentingkan nombor tu, dapat belas2 pun takpe asalkan ada peningkatan markah. Segala nasihat bukan untuk kepentingan ayah atau ibu, tapi untuk kebaikan anak kemudian hari.





nota pb: maksud gambar tu, bukan mendera ye....
tugasan dia setiap minggu!

5 ulasan:

  1. Salam zana....anak2 Liza pun cmtu jugak, bila dpt result teruk mulalah xnak bercakap...tau pun risau....

    BalasPadam
  2. salam...dulu masa sekolah rendah sonok bila anak dpt no1/2..tp skrg lbh menitik beratkn markah yg diperolehi brbanding nombor.Semoga ankabujang tu trsedar dgn nasihat & bebelan kedua ibubapanya..hihi

    BalasPadam
  3. setuju...setuju...mcm kena dgn eni juga...anak2 gitu le juga...:)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)