Sebenarnya pb baru balik dari sekolah adik ipar, hantar nasi ayam yang dia order. Lepas tu singgah kfc, mengisi perut yang dari pagi kosong. Pukul 12 baru sarapan tu........hubby kata pagi tadi dia nak cuti. Sedap2 menjilat ayam kfc, tetiba dia kata kena pergi sekolah jugak. Laaaa.........ayam seketul tak habis lagi, dah kena tapau pulak sebab dia nak kejar masa. Terpaksa pergi kerana sebab2 tertentu. Pb pun jadi terputus selera nak makan lagi. Terus semua bungkus bawa balik.......aduiii..
Kali ni pb nak share masakan daging yang pb selalu masak kat rumah. Simple je masakannya tapi anak pb suka sangat sebab takde cili langsong. Ada hijau2 sikit tu saja pb tambah cili potong2, kasi kaler biar menarik. Kalau kat Kelantan, daging goreng macam ni memang popular cuma pb tak tau cara masaknya sama atau tidak.
DAGING GORENG
1/2 kg daging lembu (potong jangan terlalu tebal/besar)
1 inci halia
4 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1 biji bawang besar
garam
kunyit
sedikit gula
1. Basuh bersih daging yang telah di potong.
2. Tumbuk halia dan bawang putih.
3. Perap daging bersama halia, bwg putih, garam, gula, kunyit, serbuk ketumbar dan jintan.
(pb perap lama dari pagi hingga ke petang)
4. Panaskan minyak untuk menggoreng daging tadi dengan api kecil.
5. Masak sehingga daging empuk (pb masak lebih kurang 1 jam sebab nak betul2 empuk)
6. Jika airnya kering, tambah air.
7. Akhir sekali boleh la masukkan bawang besar yang dihiris kasar2 bersama cili hijau.
Makan daging goreng ni tak payah kuah pun takpe, curah kicap botol tu pun dah cukup menyelerakan.
Nampak sedaplah kak zana.. :) saya biasa goreng daging letak bwg, halia yg ditumbuk dan juga garam kunyit je.. Nak cuba resepi kak zana ni pulak la.. hehehe
BalasPadamOuh, akak ada letak ketumbar dgn jintan....Boleh try resipi nie. Hiks~
BalasPadamsalam kak zana...bestnya dgg kalau masak simple cmni...laju jer mkn...hihihi
BalasPadamjemput singgah dapur liza yer...
perghhhhh sodappppppp tuuuu
BalasPadamnani tak pernah masak dengan cara ni...selalu keringkan air daging dulu baruu masuk minyak. tapi daging jadi garing sikit la kalo cara tu...ini daging nampak macam lembab2 berkuah sikit. pastu ada letak halia...macam lapar pulak tengok!
BalasPadamidun saidun...cubalah yg ni, mesti nak lagi lepas tu.
BalasPadamFara...cuba jgn tak cuba.
BalasPadamLiza...memang pun, hubby dgn anak menambah2.
BalasPadamMak Dara....hehe, sodap.
BalasPadamnuwairani....tak manis la kalau air dagingnya kering.
BalasPadamsedapnya kak zana oiii....nanti intan nak wat ikut resipi kak zana..tima kaseh folo blog intan..hehe....hobi kita sama, suka masak..ngeee..
BalasPadamAssalam zan, daging goreng gini memang laku betul kalau kat rumah kita..anak yang sulung tu selalu suka ratah aje..lagi kalau digoreng garing sikit mesti tak jadi lauk..hehe
BalasPadam@intanfirdaus247:
BalasPadambuat ler intan oiii!! lps tu tayang kat blog tau..
@Ayu:
BalasPadamWslm Ayu...bukan budak2 je, bapak budak pun.