my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Juadah Raya Haji yang sepi.....2011

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Macam sendu je tajuk hari ni kan? Apa taknya.......dah la bangun tadi pukul 4 pagi, masak sorang-sorang. Malamnya dah perap awal-awal ayam dan daging. Lepas tu malas nak terperap kat dapur memalam, itu yang masak pagi hari.



Tengok la nasi beriani pb yang pucat lesi je, takde safron, takde daun pudina, takde bawang goreng..........lupa garam lagi.....
Nasi beriani ni asalnya nak buat macam En. MatGebu tapi tak cukup jugak bahan2nya. Sebenarnya emak pb pun terror masak nasi beriani dan pb dah biasa tengok emak masak. Tapi tak pernah buat sendiri. Bila dah berjauhan barulah teringin nak mencuba. Lepas tu, lupa garam, itu takde, ini tak lengkap.

Bagaimanapun ada juga rupa nasi beriani. Mungkin lain sedikit dari MG dan emak. Hidup berkeluarga ni kena pandai2 ubah resipi mengikut kemampuan dan citarasa sendiri.

2 setengah cawan beras basmathi - basuh bersih dan toskan
Air ikut sukatan beras
Bawang merah dan bawang putih di mayang (3/4 ulas)
Bawang besar (dlm 1/2 biji) dikisar
Sedikit halia (kisar)
1 biji tomato (potong dadu)
Minyak untuk menumis (biasa guna minyak sapi tp takde)
Bunga lawang dan kulit kayu manis, buah pelaga
1/2 cwn susu cair campur dgn perahan limau (tairu)
pewarna kuning telor (kalau takde safron)
sedikit garam

Basuh beras dan toskan dahulu.
Tumis bawang merah, bawang putih dan bahan kisar. (jgn jadi mcm pb, lupa garam)
Masukkan bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga
Masukkan air sukatan beras
Setelah mendidih, masukkan beras dan tomato yang telah di potong dadu.
Bila nasi hampir kering, masukkan tairu.
Kemudian lubangkan nasi dengan senduk/sudu untuk titikkan pewarna kuning.
Taburkan gajus yang telah digoreng atau bawang goreng.
Setelah nasi masak, baru di gaul rata.
(biasanya emak gunakan kacang badam utk nasi beriani dan pb yang selalu buat kerja tu dulu, kupas kulit badam yang direndam, sampai kecut2 jari)

Hidang bersama rendang, kurma, ayam masak merah atau yang seumpamanya. Pb masak ayam rendang, sayur dalca, daging goreng dan acar timun.


Dalca yang pb masak tak sesedap emak punya. Pb guna rempah dalca dari Kelantan, kacang dal, sayur kacang panjang, lobak, terong,  kentang dan sedikit daging. Boleh la...........ada iras-iras emak punya.....

Hidangan sampingan seperti kuih muih semua takde. Lepas hubby, adiknya dan anak pb balik dari mesjid (pb tak dapat ikut sebab masih sakit kaki, tak boleh lipat lagi lutut ni), suasana raya pun hilang. Lepak tengok tv dan internet. Nak jalan pun tak tau nak pergi mana. Cuaca mendong je...........umpama hati pb yang sunyi di pagi raya.....

6 ulasan:

  1. Salam Aidiladha juga dr diana sekeluarga...
    sedapnya tgk dalca tu... dah lama x buat... teringin plak nak makan...

    BalasPadam
  2. Salam kenal dan salam aidiladha buat zana n keluarga...

    sayu jer baca tajuk kat atas tu... cam tu lah bila duk berjauhan. semua kena buat sendiri... rupa x penting asalkan sedap dan keluarga menyukainya, sudah cukup bagus...

    BalasPadam
  3. selamat hari ray Aidiladha buat zana sekeluarga...

    BalasPadam
  4. Salam Idul Adha utk Diana n keluarga juga.

    BalasPadam
  5. Kak Rose...slm kenal juga dr zana, dah lama follow kak rose, baru ni kakrose perasan ye?

    BalasPadam
  6. ainoraini...terima kasih sudi berkunjung..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)