my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Daging Masak Merah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Maaf la kalau resipi yang pb tulis ni tak sama dengan tajuknya sebab pb tidak pasti apa nama masakan ni sebenarnya. Samada daging masak merah atau kurma. Pb masak pun ikut bahan yang ada kat rumah. Tidak lengkap dengan daun pudina dan daun ketumbar. Kalau setakat nak makan tiga mulut, malas la nak keluar pasar besar yang sejauh 12 km tu.

Semalam talipon kakak kat sana, sibuk je dia tu dengan tempahan kek lapis. Persiapan anak nak kahwin pun tak selesai, ada pula tempahan setiap minggu. Khabarnya sampai demam2.

Ok, masakan seperti ini biasanya emak yang masak. Serius, pb tak pernah buat sebab emak ada, air tangan emak lagi best. Biasanya orang makan dengan nasi beriani atau tomato. Tapi masa kakak tanya semalam, pb kata nak makan dengan nasi putih je. Tak kisah la tak sedap pun takpe. Cuma silapnya pb dah rebus daging tu awal2 nak kasi empuk. Seeloknya dan sesedapnya jangan rebus dulu.

DAGING MASAK MERAH

2 biji bawang besar di kisar
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
5/6 batang lada hijau (lada hidup)
1 cawan susu cair
tomato puri/tomato sos (sikit je)
1 biji tomato buah
Rempah beriani (2 sudu besar)
Daging lembu (potong dadu, besar mana ikut suka)
2 biji kentang potong empat
Bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis
garam

Cara memasak:-

Tumis bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis.
Masukkan bahan kisar seperti bawang, halia, bawang putih dan lada hijau.
Masukkan rempah beriani.
Tumis hingga rempah masak atau naik baunya.
Masukkan daging dan kecilkan api, renehkan.
Masukkan kentang, tomato puri.
Bila daging dah lembut masukkan susu cair.
Akhir sekali kalau ada daun pudina, daun ketumbar dan kacang peas boleh masukkan.
Jika daging belum empuk, tambah air biasa.
Masukkan juga buah tomato yang telah dibelah2.



Tengok rupa macam kurma' tapi tak guna pun rempah tu. Sebenarnya masakan macam ni sedap makan dengan nasi beriani/nasi minyak. Tapi dek kerana nak sangat mencuba, belasah je la dengan nasi putih pun.



nota pb: kalau ada kesilapan, maaf la ye, kita pun bukan pandai sgt..

10 ulasan:

  1. wiieee...nampak sedap je..hehe..a'ah rupa mcm msak kurma..hehe..terbayang dah kalau mkn dgn nasi minyak komfem sdap..mcm tyme2 kenduri :D

    BalasPadam
  2. betullah K Zana, nampak cam masak kurma... mungkin sbb penggunaan lada hijau dlm tu n rempah beriani tu jadi kaler camtu... mmg sedappp makan ngan nasi beriani ni... :)

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum akak...
    nampak sedap ler daging masak merah tu akak...rupa mcm kurma x per akak.. yg penting kesedapannya tu.. wah terliur dah nie tau..

    BalasPadam
  4. Salam kak, sedap..nampak macam daging kurma pon ya..ni teringat nasi kenduri la pulak dah..hehe

    BalasPadam
  5. salam kak zana...tu la memula Liza ingatkan kurma...tp ape pun janji rasa dia sedap kan...

    BalasPadam
  6. @Syahirah Suhaili:
    terima kasih Syahirah, masak campak2 je ni..

    BalasPadam
  7. @Diana @ Melley Mey:
    wslm Diana, hehe...kita pun terlior tgk Diana punya resipi tau.

    BalasPadam
  8. @intanfirdaus247:
    wslm intan, jeng2...cuti sekolah dah mula, kenduri siapa nak terjah ni?

    BalasPadam
  9. @Liza:

    wslm Liza, akak tak suka kurma tp dah jd mcm kurma jugak ni...huhu..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)