Jumaat, 18hb Nov semalam adalah hari terakhir anak pb di sekolahnya. Tiada langsong wajah kesedihan saat terakhir dia di sekolah. Namun sebelum tu ada juga dia protes taknak pindah. Sayang kawan-kawan agaknya. Kelas dia cuma ada beberapa lelaki (rasanya bawah dari 10 orang, selebihnya semua perempuan) jadi hubungan tu agak rapat, terutama si Acap tu (berdepan dengan dia).
Bagaimanapun setelah ibuayah jelaskan sebab musabab kena pindah, dengan tanpa rela dia terpaksa setuju. Pertama, sekolah terlalu jauh dari rumah. Tambang bas je dah RM75, itupun dia ambil waktu pulang sekolah. Pagi ayahnya hantar, Dah rugi minyak kereta dan masa menghantar dia.
Bila sekolah berdekatan dengan rumah, tambang bas separuh dari sebelum ni. Apa2 hal berlaku, pb boleh jengok dia. Kalau ada aktiviti disekolah waktu petang, dia boleh kayuh basikal dengan sendiri.
Tahun depan juga nak hantar dia kesekolah agama. Sebelum ni dia masuk Kafa sekejap tapi disebabkan terlalu jauh (walaupun seminggu sekali) terpaksa diberhentikan. Bermula tahun depan, pb pasti dia akan keletihan sekolah pagi dan petang. Agak menggembirakan walaupun pasti dia merungut tak dapat join main bola dengan budak2 kat taman ni. Ibu dia pun jenuh la aktiviti menggosok baju dan menyental baju putih. Bukan boleh pakai sabun biasa baju budak lelaki ni, tambah pula dia jenis yang aktif.
Selepas ambil buku rekod, pb snap gambar dia dengan guru kelasnya, Cikgu Noripah. Terima kasih cikgu kerana menjaga, mengajar dan memberi ilmu pada anak kami. Begitu juga cikgu2 lain, halalkan ilmu yang telah cikgu turunkan. Semoga anak kami akan jadi manusia yang berguna pada orang tuanya, keluarga, agama, bangsa dan negara.
nota pb: walau nombor dlm kelas menurun, markahnya meningkat..
takpe, usaha lebih lagi lepas ni...
Pindah sekolah baru nanti akan dapat kawan barulah sayang. Jangan risau auntie tahu sayang boleh berkawan. Tengahari dah boleh makan apa yg ibu masak dan boleh kesekolah agama pulak.
BalasPadamSelamat bercuti dari auntie...
p/s: Anak lelaki memang lasak kan Zana. Tapi kalau tak lasak bimbang juga jadi si lembik hahaha....
selamat berpindah ke sek baru ye dik.. n selamat bcuti jugak..
BalasPadam@Kakzakie:
BalasPadamterima kasih auntie....
kakzakie, lembik cara lain pulak ni, mudah mengalir air mata.
@dZana:
BalasPadamterima kasih cikgu..