my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Menangis kerana apa?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pukul 3 pagi tadi pb bangun untuk ke tandas dan selimutkan anak yang tidur tak berbalut dalam kesejukan. Naik atas katil, kaki tetiba sakit (kaki kiri, dulu pun kiri juga) Hubby tolong apa yang patut sambil matanya pejam kerana masih mengantok. Seharusnya pb tak kejutkan dia tapi sebab dia dengar pb mengerang sakit yang amat sangat. Kaki tak boleh lurus, terpaksa selitkan bantal bawah kaki.

Cuba sapu dengan losyen halia juga tak berkesan. Terpaksa tidur (bukan tidur, langsong tak boleh) sambil bersandar dengan doublekan bantal. Kali ni betul2 tak boleh tahan hinggakan pb tersedu-sedu menangis dalam bilik air. Pb ni susah nak nangis kalau sakit tapi entah kenapa hati begitu tersentuh..........mungkin kerana rasa bersalah menyusahkan orang (suami) atau terlampau sakit. Rasanya dua2 yang pb rasa.

Bagi setengah lelaki atau para suami, menjaga isteri atau kaum keluarga yang sakit adalah satu penyiksaan kerana tidak biasa melayan kerenah orang perempuan/orang sakit. Berapa ramai lelaki yang boleh memasak, membasuh pinggan dan baju, mengemas rumah, sidai baju dan segala rutin orang perempuan?

Sebagai isteri kekadang kita tidak mahu menyusahkan orang lelaki. Pb lebih suka buat sendiri tanpa mengharap pada orang lain melainkan langsong tidak berdaya untuk bangun. Kadang kala orang akan melabel kita sebagai ego, berlagak dan seumpamanya. Tapi kalau seseorang tu menghulurkan bantuan dengan 'ikhlas', alhamdulillah. Kita tidak tahu sejauh mana keikhlasan seseorang dan ikhlas itu sukar untuk digambarkan dengan kata-kata, saya ikhlas tolong awak.

Hanya Allah yang tahu.

8 ulasan:

  1. Assallamualaikum kak Zana..
    Ermm..betul tu kak. Suka hati ni kalau suami dgn ikhlas membantu kerja2 di rumah terutamanya kalau kita tak terdaya oleh sesuatu sebab nak laksanakan semuanya sekaligus. Dulu Naz pernah sakit yg tak boleh langsung buat kerja rumah atas arahan doctor masa preggy anak no 2 yg dah tiada. Masa tu lah Naz nampak my real hubby. Mmg tersentuh sgt hati sbb x sangka dia boleh pikul tanggung jawab kita sbg isteri selama sakit tu. Tak masak langsung Naz masa tu kak. Dia yg buat. Bikan boleh beli2 pun mknn sbb masa tu stay kat oversea.. Mana nak dapat mknn beli cam kat M'sia ni..

    Kak, kalau nak bakar makaroni tu, guna loyang bakar kek pun boleh kak..:))

    BalasPadam
  2. Simpul biawak ke kak? Ya Allah, sy lak yg terasa-rasa sakitnya. Lelagu musim sejuk mcm nie. Mmg seksalah kak.

    Sy pun klu boleh, tak nak susahkan org kak.

    BalasPadam
  3. sy harap nnt sy boleh ringankan beban isteri sy.. tak biar dia masak sorg2.. x biar dia buat kerja rumah sorg2.. saling urut mengurut.. woahhh.. x sabar nk kawen.. haha..

    BalasPadam
  4. kenapa tu sis..

    harap tak de apa yg mudarat...

    BalasPadam
  5. Naz...beruntung la isteri dpt suami mcm tu [:)] hubby akak ok gak cuma tak sama dgn apa yg kita buat.

    _________________________
    I added cool smileys to this message... if you don't see them go to: http://e.exps.me

    BalasPadam
  6. Fara...akak taktau simpul biawak tu mcmana. Biasa sebut semut2 ke? tp ni bukan tu, ni sebelah kaki sakit dari tapak hingga pangkal peha.

    BalasPadam
  7. Solihin Zubir...hehe..iye la tu? kekadang janji tinggal janji...tapi harapnya saling membantu ye.

    BalasPadam
  8. Wahida...biasalah, sakit org yg dah meningkat usia.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)