my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Mee Jawa Tulang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Pelik bunyinya ye? Ada ke orang masak mee jawa letak tulang lembu? Ada....pb la orangnya...hehe...Pb beli tulang ni saja kot2 nak teringin dah ada dalam peti.

Sebelum tu, hari Ahad lepas pb makan kat satu food court dekat dengan rumah. Saje je nak merasa mee jawa orang Sabah (mungkin gerai tu bukan orang Sabah agaknya) Hati berbelah bagi, nak makan ke tak......tengok macam sedap, orang keliling makan licin je pinggan dia orang.

Pb order satu mee jawa, kongsi dengan hubby. Manalah tau tak sedap, kan rugi kalau beli dua mangkok. Orang tu hantar bukan guna mangkok, tapi piring biasa je (macam pinggan kfc dulu2 tu). Pb cakap kat hubby, tak sesuai langsong makan mee berkuah dalam piring. Nak buat macam mana, hirup aje la.......sekali rasa....fullamak! Bukannya sedap........rasa keledek sesaje. Ayam ada la beberapa ketul, tahu seciput, telor dibelah empat. Suka tak suka, kena makan juga. Harga RM5, tak berbaloi kalau macam tu rupanya.

Esoknya (hari isnin) pb rancang buat mee jawa tapi tak berapa lengkap sebab pasar besar KK pun tutup. Tauhu takde, daun sup takde......bagaimana pun puas hati sebab lebih sedap dari kat food court hari tu.

Resipi pb ambil dari Hanieliza fotopages. Terima kasih kak liza, saya buat terlebih rempah kari la pulak, pedas sikit. Minta izin copy paste ye.....saya ubah sikit je, letak tulang lembu....





 MEE JAWA TULANG
 Bahan-Bahan:
1 kg mee kuning (dicelur) - pb guna mee kering
1/2 kg. daging [rebus lembut dan hiris nipis] - pb guna tulang direbus dulu
300 gm tauge (buangkan kakinya)
2 tangkai daun bawang (dihiris)
5 biji cili merah (dihiris)
3 keping tauhu goreng (dihiris nipis) - takde tauhu, org kat pasar cuti
3 biji telur rebus (dibelah)
3 biji limau nipis (dibelah) - pb guna limau kasturi
Sedikit bawang goreng

Bahan Kuah:
1/2 kg keledek (direbus & dikisar)
3 ulas bawang putih ]
5 ulas bawang merah ]
3 batang serai ] mesin halus
Sedikit halia ]
sedikit lengkuas ] - tak guna sebab takde
100 gm udang kering ]
2 s/b cili kisar
3 s/b serbuk kari daging
air rebusan daging
Sedikit garam
Sedikit minyak masak
Sedikit gula

Caranya:

1. Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumiskan bahan yang dimesin, rempah & cili kisar hingga garing.
2. Masukkan keledek. Tambahkan air rebusan daging mengikut kepekatan yang diinginkan.
3. Akhir sekali, masukkan garam & gula. Biarkan hingga kuah mendidih.
4. Angkat dan hidangkan dgn bahan yg dihiris.





nota pb: korang jangan gelak tengok tulang segedabak dalam pinggan tu...













11 ulasan:

  1. akhirnya buat sendiri jugak sedap...hantar Klang sikit

    BalasPadam
  2. rupanya,
    lebih kurg mcm mee rebus ye=)

    BalasPadam
  3. sedapnya kak zana...kuah pun pekat jer, bak mai semangkuk kak...tulang ngan telur rebus tu kasi lebih yer....ekekekeeke

    BalasPadam
  4. sedap jer nnpknya tuu..pekat kuah dia kalau makan mesti nak byk kali tambah...

    BalasPadam
  5. @Liza:
    haha...dah habis dah, tinggal tulang je.

    BalasPadam
  6. @ainnoraini:
    memang pekat, maklum le...keledek letak lebih.

    BalasPadam
  7. Kak Zana - Mee rebus + gear box mmg selalu mkn kalau kat JB ni.. sedap. Kak Zana buat pun tentu sgt sedap.

    p/s : Patut la kat dashboard kita dah lama tak dpt update dr blog Akak.. rupanya kita follow Akak guna "profile akaun" yg gambo kereta ni. Pelupa dah Miss Mirror ni... Gara2 blog guna 2 akaun.

    BalasPadam
  8. hi suri rumah! :)

    terima kasih for the recipe!

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)