my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Singgang Ikan Parang

Cepatnya masa berlalu, tak terasa sungguh kerana kesibukan dibulan Ramadhan ini. Kakpb rasa teman2 blogger semua pun begitu juga, lebih2 lagi kaum ibu. Mana nak bersiap ke tempat kerja, nak berkejar hantar anak sekolah, nak siapkan juadah berbuka dan lain-lain aktiviti lagi. Alhamdulillah, walaupun kita berpuasa, kita masih dapat meneruskan rutin harian seperti biasa, cuma agak letih sedikit.

Semalam kakpb bershopping juga, cari baju anak dan ayahnya. Kakpb ada sehelai baju kurung pun dah cukup dah. Menjelang raya ni, jalan memang sentiasa sesak apatah lagi shopping komplek. Rasa tak larat nak tawaf. Bagaimanapun kakpb boleh sambung shopping di semenanjung.

Bila dah letih, masak pun simple je. Beli ikan parang sekilo RM7, murah ye? Tak pernah kakpb beli ikan parang semenjak tinggal sini. Orang kata mahal ikan ni.......teringat masa kat Johor, arwah tok selalu masak asam pedas ikan parang, laksa Johor pun selalu guna ikan ni kan?

Oklah, kakpb share resipi cara kakpb masak singgang. Kalau sebelah pantai timur di panggil asam rebus. Ni yang biasa emak kakpb buat.




SINGGANG IKAN PARANG
@blogsurirumah

4 ketul ikan parang
1/2 labu bawang bombay (yg kuning tu kan?)
2 ulas bwg putih
Halia (sedikit saja)
Kunyit hidup (agak2 sendiri)
1 btg serai
1 biji tomato buah
3/4 btg cili padi dibelah-belah
Air asam jawa secukupnya
Minyak untuk menumis

Tumbuk halia, bawang putih dan kunyit, panaskan minyak dan tumis.
Bila dah naik bau masukkan air asam jawa.
Kuah mendidih masukkan ikan, serai, bawang yang di belah2 dan tomato.
Cili padi boleh diganti dengan lada hijau, saja untuk hiasan atau rasa pedas2 sedikit.
Perasakan garam dan sedikit gula.

7 ulasan:

  1. paling sy suka asam pedas ikan parang, wallaaaaaaaaaaaa!!

    masak singgang pun sedap juga!!

    BalasPadam
  2. sedapnyer ikan singganggg!!!!!! tun akan kenyek cili padi kaw2 dlm pinggan nasik, pastu goreng ikan garing2 jugak.. kompom 2 pinggan nasik! haha.... tp hasben tun xmkn ikan singgang, jd bila blk kg je la blh makan. nk msk kt sini malas nnti nk kene masak lauk lain utk dia.

    BalasPadam
  3. RM7 sekilo? murah tu.... baru ni gi Pasar tani dia kata sekilo dlm RM28...gitu... Ada lagi 2 ketul boleh gak buat singgang mcm ni!

    BalasPadam
  4. wahhhhhhhhh, terasa rembesan ailio tengok menu kakpb ni :)

    BalasPadam
  5. suka kuah nyer tp x suka ikan sbb byk tulang

    BalasPadam
  6. Aslmkum k.Zana

    murahnya ikan parang sekg Rm7.biasa mahal...
    sy pun semlm singgang ikan...ikan mackerel.itu je ikan yg fresh ada dlm stok.

    BalasPadam
  7. Dah lama tak makan ikan parang... kalau dimasak asam @ singgang ni memang compem best terutamanya tang menghirup kuahnya... sedapnyaaaa

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)