my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

A Good Day to Die Hard

Asal ajak tengok wayang je, mesti mengejut nak pergi. Bayangkan pukul 10.30 am cikgu fahmi tetiba suruh siap, kita tengok Die Hard pukul 11.50. Masa tu bini dia tak mandi lagi, faham-faham je la orang perempuan kalau nak bersiap, mana cukup setengah jam kan?

Gosok baju, gosok tudung (style kakpb memang tak suka gosok awal-awal), mandi dan make up mau setengah jam. Itu yang main rembat je t-shirt dan tudung. Kalau tudung segera ok la, sauk kepala dah selesai. Tapi kalau tudung bawal ke......memang terkial-kial jawabnya. Lepas tu bila dah booking tiket online, tak pergi nanti rugi pula. Duit dah bayar, orangnya takde, kan membazir tu.

Mula la kakpb nak membebel, lain kali kalau nak ajak dating tu, signal awal satu jam. Bila dah lambat, bawa kereta macam pelumba F1, jalanraya dia yang punya. Siapa yang slow tapi ambil line kanan, memang kena sound (dalam kereta je, tak berani nak buka tingkap pun). Tapi tadi (hari sabtu) kami sampai tepat pukul 11.50 am. Kebetulan kereta tak banyak macam biasa. Parking pun senang dapat. Terus ambil tiket dan kejar ke panggung. Dah agak dah, baru iklan. Termengah2 juga kakpb.


Cerita A Good Day to Die Hard ni dari awal sampai akhir, accident sepanjang masa. Entah berapa banyak kenderaan yang jahanam dalam masa shooting tu agaknya. Memang tak berkelip mata tengok Bruce Willis dan anaknya tu. Asal tujuannya nak jumpa anak, lain pula jadinya bila dah terbabit dengan masalah.

Baik pergi tengok kat panggong, korang mesti tak rugi bayar tiket (macam nak galakkan orang tengok cerita org putih pulak kakpb ni) Betul kakpb kadang anti matsaleh ni. Tapi kalau wayang setakat hiburan je, nak menyangjung sesangat tu, tidak le! Kenyataan filem mereka lebih baik dari filem kita tak dapat di sangkal. Bagaimanapun kakpb lebih bangga dengan pelakon filem negara kita sendiri.

7 ulasan:

  1. Kakcik teringin nak tengok filem Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit...

    BalasPadam
  2. Assalam,

    Mamapun sama mcm kakchik tingin nak tengok filem HMJPToncit...heeee

    BalasPadam
  3. Kite tgok online jek kak..lme dh x tgok wayang ni...dating kat umh je lh....:-D

    BalasPadam
  4. mcm nak tengok jugak la cite ni...x pernah kuar dating lg sejak cuti ni

    BalasPadam
  5. Kak Zana...

    Saya kalau bab "mengejut2" nak pegi tu dah jadi kebiasaan dah. Tapi best jugak.. kdg klu merancang sgt pun tak menjadi. Tu yg kdg bermake up dlm keta...

    BalasPadam
  6. kalau tetiba tanpa planning tu yang jadi kelam kabut....

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)