my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

BULLET to the HEAD

Semalam tak plan nak tengok wayang lagi sebenarnya. Plan cari cadar dan langsir untuk bilik si bujang kecik tu, bila lalu kat depan pawagam, rasa ditarik2 tengok wayang lagi. Kebetulan cikgu fahmi nak sangat tengok cerita ni. Ni filem action ganas ni, jangan bawa anak tau (18sx)

Agak keliru juga cerita ni pada awalnya. Sylvester Stallone style dia slow and steady, suara garau kedalam, mata kuyu poyo jek!! Dia orang ni walau dah tua, tetap watak hero dalam filem. Perut tak boroi...hehe...time scene buka baju, tang tu ler kita tengok dulu. Ish...jangan fikir lain pulak. Iya la...majoriti orang kita perut memboyot je kan?

Kisah ni tentang pembunuh upahan Jimmy Bobo dan detektif Taylor Kwon yang berkerjasama mencari penjenayah yang dikehendaki. Kebetulan pula dia telah membunuh sahabat karib Jimmy satu ketika dulu. Bayangkan bagaimana dua orang yang berbeza kerjaya dan pendapat cuba bersatu dengan tujuan yang sama.



Soal ganas jangan cakaplah....memang tembus kepala je tembakannya. Dah nama tajuk filem pun Bullet to the Head kan? Rasa ngilu pedih sepanjang tengok cerita ni.....huhu....kalau tak suka ganas, tak payah pergi tengok tau. Kakpb bukan suka sangat tapi dah takde nak bercuti kemana-mana, layan je wayang tiap minggu.

nota kakpb: ingat nak update masak2, tapi bagi laluan wayang dulu ler...kang lupa pulak.

4 ulasan:

  1. widget yang mana satu ganggu en3 tu..blog akak ke blog zana?

    BalasPadam
  2. sesekali layan..
    akak pun pernah juga tengok wayang dengan anak2....ajak hubby, dia tak minat ..sekadar refresh-kan minda..

    BalasPadam
  3. suke tengok cerita yg tembak macam tu...

    rasa debar die :)

    BalasPadam
  4. depa tua2 pun still jadi hero.
    pelakon malaysia tua2 jadi dato2 aja.. haha..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)