my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ulangtahun kami

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...



Syukur alhamdulillah, tanggal 19hb Februari tiba lagi mengimbau kenangan lalu kami ketika di ijabkabulkan. Masih segar di ingatan ketika itu aku dan suami berbaju kuning air, di kelilingi tok kadhi dan para jemputan. Teman rapat ku yang hadir hanya tiga orang. Ketika itu memang tak ramai yang tau majlis pernikahan ku. Bukan sebab ada agenda lain tapi majlis dibuat secara kecil2an saja. Masa bersanding barulah teman2 yang lain di jemput.

Bagi pasangan lain mungkin hari itu adalah hari yang paling bahagia kerana menjadi raja sehari. Raja yang di raikan, di sayangi dan dikasihi rakyat jelata. Namun bagi kami ketika itu, sukar untuk dinyatakan atau diluahkan perasaan kami. Gembira sudah pasti kerana kami bakal melayari alam rumahtangga. Disebaliknya, hanya Allah yang tahu perasaan kami.

Sepanjang tahun selepas pernikahan itu, kami sering berbincang dan memberi semangat antara satu sama lain. Hidup kena diteruskan walau apa terjadi. Suka atau tidak, kena terima pasangan kita seadanya, begitu juga dengan keluarganya. Nasihat suami ku, jangan menyesali atau disebut kembali perkara yang dah berlalu. Itu semua mengundang perbalahan. Kita tidak boleh menoleh kebelakang kerana ini adalah jalan yang kita pilih dan ini juga 'takdir' kita. Kita juga hanya mampu merancang tetapi Allah yang menentukannya dan Dia tahu apa yang terbaik untuk umatNya. Tugas kita hanya berusaha, berdoa memohon kepadaNya, tawakal dan selebihnya terserah pada Dia.

Setiap apa yang berlaku dalam kehidupan kami, aku tetap bersyukur dengan apa yang kami miliki. Bila aku bersyukur, maknanya aku redha dan pasrah. Terima kasih ya Allah kerana mengurniakan ku seorang suami yang teramat baik pada ku dan anak ku. Suami yang memahami, menyayangi bukan diri ku saja tetapi seluruh keluarga ku, boleh di bawa berbincang dan yang penting dia amat menyayangi kedua ibubapanya dan mertuanya. Moga hubungan kami tidak akan terputus hingga keakhir nanti. Amin.

nota ku: setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya..

4 ulasan:

  1. salam...selamat ulangtahun perkahwinan...moga kekal berpanjangan dibawah rahmat Allah...

    BalasPadam
  2. happy anniversary kak.. semoga perkahwinan yang dibina akan terus berkekalan ke akhir hayat.

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum Zana, Happy Anniversary buat Zana & suami..mudah2an berbahagia hidup hingga ke akhir hayat disamping anak2 tersayang...

    BalasPadam
  4. terima kasih atas doa kawan2 semua..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)