my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Cucur Kentang dan kuah kari

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"




Buat untuk sarapan pagi, kononnya nak ikut macam Chef Jo buat tempohari. Tapi lupa pula samada dia ada letak baking powder ke tak.

2 biji kentang dihiris memanjang
1/2 batang karot dihiris memanjang juga
2 biji lada hidup (pb guna lada hijau)
1 biji bawang besar di hiris atau potong dadu boleh juga
sedikit garam
Tepung gandum
Tepung beras
Udang basah di potong kecil
Minyak untuk menggoreng

Seperti biasa bahan2 tu di gaul seperti kita buat cucur atau cekodok. Masa goreng tak boleh letak banyak sangat. Tengok chef Jo masukkan dalam kuali guna tangan je tapi pb tak berani sebab dapur rumah pb ni agak tinggi sikit dari tuannya.......faham2 la ye....

Cicah dengan kuah kari semalam, sedaaaaaap!


Cucur ni pb buat kalau dah kehabisan idea nak sarapan pagi. Bosan jugak jadi surirumah ni kan? Bangun tidur je dah ingat nak masak apa.......tengahari lagi, malam pulak.....kan bagus kalau ada orang gaji? Tapi kalau semuanya orang gaji yang masak, nanti anak-anak termasuk laki pun 'sayang' kat orang gaji atau bahasa lainnya pembantu rumah. Tak best la.....

14 ulasan:

  1. Assalam K Zana..
    Nurul yang bekerja ni pun celik mata jer dah pi dapur tgk2 aper nak buat tuk sarapan... Biasa kalau x sempat, makan roti bakar jer atau goreng yang frozen... Betul tu, kalau hari2 org gaji yg masak, alamatnya semua 'sayang' kat org gaji... eloklah isteri/ibu ni yang memasak tuk suami & anak2... ^__^

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak Zana, sy baru teringat2 nak buat cucur ni sbb waktu tengok chef jo buat tu dh teringin nak merasa. Tengok2 kak zana dah pun buat..mmg sedap mkn cucur2 sebegini kan! :)

    BalasPadam
  3. cekodok camni mmg tak pernah menolak.. mmg best cicah kari tu..

    BalasPadam
  4. sedapnya cucur ni kak...memang sedap layan utk minum ptng kan.

    sorry kak zana, nieza ada sign guestbook kat bwh tu tapi tersilap bubuh gambar terbalik la kak...nak delete tak boleh pula kalau akak boleh tolong deletekan nanti saya masukkan pic lain yer..:)

    BalasPadam
  5. @Nurul:
    Wslm.....mcm tulah isteri solehah, walau bekerja, tanggungjawab isteri kena jalankan.

    BalasPadam
  6. @Fara:
    akak pun tapi perut jd kembong kalau mkn bnyk....

    BalasPadam
  7. @AZLINA:
    Wslm...peminat MasterChef la ni? sama la kita.

    BalasPadam
  8. @Nieza:
    thanks Nieza, nanti akak tengokkan..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)