my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Bubur Asyura, pacat......janggal bagi ku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Hari ni pagi Jumaat kiranya dah seminggu pb di Kelantan. Hujan setiap hari merisaukan hati pb nak turun ke tanah, tempat yang berumput. Katanya banyak pacat........huhu.....si Tommy (kucing) selalu bawa masuk dalam rumah. Tak berani pb nak belai2 dia, kesian dia. Sekarang dah nampak tua, selalu merayap tah mana2. Balik nak makan je.....tapi dia takde masalah kalau pacat panjat badan dia.

Dia tak menjerit takut, dia tak terkinja-kinja kegelian. Dia relax je.........gosok2 dengan jari tangan dan kaki, pacat pun gugur kebawah. Lepas tu pacat tu merayap atas simen dapur. Pb la jadi mangsa, ketakutan dinaiki pacat yang dibawa Tommy. Kalau dia datang meleset kat kaki, pb larikan diri.

Biarlah orang nak kata pb mengada-ngada, manja ke, dah memang pb takut serta geli. Bukan semua binatang pb geli. Kalau lipas, lelabah, belalang tak berapa geli sangat, masih boleh dimaafkan.



Hari ni kali pertama pb tengok orang kampong buat bubur asyura. Ada sorang tanya pb, tak pernah tengok ke? Serius........ memang kali pertama pb lihat orang mengacau bubur asyura dalam kuali besar. Pak sedara hubby nak buat kenduri esok. Bila orang tanya begitu, pb terasa seolah diperli. Bukan nak buruk sangka kat orang, cuma pb sendiri terasa 'bodoh' kerana ini adalah kali pertama melihatnya. Tapi bukan berdosa pun kan kalau kita tak pernah alami membuat benda2 yang bukan tradisi keluarga kita?


Nak buktikan kat orang luar sana dan juga saudara mara, pb boleh buat satu hari nanti. Tengoklah!

7 ulasan:

  1. syima pernah tgok orng buat bubur asyura ni sekali dulu.. kat masjid kat kampus,,hehe

    BalasPadam
  2. KC lagi la, jrg2 dpt mkn bubur asyura. agak2 ada tak org nk gelakkan KC?

    BalasPadam
  3. ada niat nk buat bubur asyura sendiri tuh..bagus2., pcl ni mkn je tau..haha, bkn skejap tp ambil masa lama tu nk megacaunya, kan! ...ada kesabaran kat situ.

    BalasPadam
  4. @kakchik@ella:
    Tak kot kakchik sb bubur asyura ni tak semua org pandai buat, susah tau.

    BalasPadam
  5. @PCL:
    Dia org buat dari 4 pagi hingga 2 ptg...

    BalasPadam
  6. Tak pernah buat sendiri... Selalu org bagi jer...itu kalau kat surau ada buat la kannn...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)