my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

colek buah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Kaum perempuan seperti pb ni mesti suka makan rojak. Kat tempat kita pula ada macam2 rojak seperti rojak Penang, rojak Singapore, rojak mi, rojak tauhu dan lain-lain lagi yang pb tak tau namanya.

Hari tu pb makan rojak Penang kat Chicken Rice Shop, sedapnyaaaaaaa........macam tak puas je. Makan dengan nasi ayam, tak ingat anak kat rumah dah masa tu.

Balik rumah asyik teringat, tak puas makan sepinggan. Kena buat sendiri ni, tak kira la rasa dia tak sama pun takpe. Janji ada sipi-sipi rojak. Esoknya, balik dari hospital hantar mak dia, hubby bawa balik sebotol Kuah Rojak Kacang buatan dari utara, jenama MAK BEE. Ada buah mangga, jambu madu dan jambu batu. Tunggu apa lagi? Pb potong2 buah dan gaul dengan kuah rojak tu, takyah campur benda lain. Sepinggan besar kita orang bedal........huhu.....pedas dan menyengat...

kena bawak balik Sabah kuah rojak Mak Bee ni...........

Orang Kelantan cakap rojak ni, colek buah tapi cara sebutan dia orang lain sikit, macam ada sengau2 kat 'colek' tu.....hubby senyum je bila pb sebut 'colek' tak sama macam dia sebut....hehe....dah lama kahwin pun masih tak boleh ajuk dialek Kelantan.

9 ulasan:

  1. Kakak rasa rata-rata org kita memang suka rojak buah. Tapi sos rojak Mak Bee tu kakak tak pernah jumpalah... kalau ada di sini nak juga kakak mencuba... kecur dah nie.:)

    BalasPadam
  2. Wah, seronoknya akak jalan2 Semenanjung. Tak apa kak. Sy fhm akak bz. Lmbt baca pun sy tak kesah. Janji jgn lupa blog sy. Heheheh!

    Akak berkesempatan tak nak ke perjumpaan blogger tu?

    BalasPadam
  3. @Kakzakie:
    Nanti saya upload gmbr kat sini ye...

    BalasPadam
  4. @Fara:
    Akak takde isi borang la Fara, tarikh pun rasanya akak masih di Kelantan.
    Akak selalu jengok Fara cuma kekadang line celcom n maxis ni sengal.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)