Anak pb sibuk ajak pergi jalan2 bandar, ntah apa nak dicari. Hujan2 begini mood nak bershopping agak kurang. Walau hujan dah berhenti, dilangit tetap gelap mendung. Nak jemur kain pun serba salah. Pb jemur dalam bilik je, kalau takde kat rumah dah tak perlu risau kejar balik semata nak angkat baju.
Sebelum shopping, singgah dulu di LHDN, ambil borang untuk mertua dan adik ipar. Sekarang kan sibuk isi borang untuk dapatkan RM500 bagi mereka yang layak. Pb dan hubby cuma tolong ambilkan borang je..........kita tumpang tengok je orang isi borang...hehe....
Lepas tu kami ada janji temu dengan bekas kakak ipar, dah kenal kat mana rumah dia, senang nak pergi melawat bila2 free. Kemudian singgah pula gedung pakcik pb tu......hehe.....pakcik Mydin. Lama tak shopping sana. Kat Sabah mana ada Mydin. Beli mana yang patut dibawa pulang. Anak pb nakkan reket badminton, bosan agaknya kat kampong takde aktiviti seperti biasa dia main bola.Tu dia.........shopping sikit pun dah beratus.......cari barang yang susah nak dapat kat Sabah.
Tp Mydin murah kak. Sy selalu soping sane. Hiks!
BalasPadamSebab murah la yg kita selalu borong losyen bdn.
BalasPadam