my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Terpengaruh atau keperluan?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"


Orang perempuan tak boleh nampak benda yang cute dan pelik sikit, mula la hati meronta nak memilikinya. Tapi takde la sampai merajuk hentak kaki kalau tak dapat. Teringat hari tu si pengacara hensem, Faiz......dalam 'Nasi lemak kopi o'........katanya, orang perempuan suka shopping tapi kekadang mereka tak guna pun barang yang dibeli tu. Berbeza dengan kaum lelaki, jarang membeli tapi kalau dah dapat mereka akan guna sehingga 'lunyai'.

Bagi pb, ramai kaum perempuan perihatin dalam urusan rumahtangga seperti menukar langsir, menyusun sofa ruang tamu, hiasan dinding, barangan dapur malah hingga ke bilik air sekalipun. Lelaki biasanya ambil mudah, tak kisah, tak cerewet kononnya. Bila rumah tu nampak menarik, sedap mata memandang luar dan dalam, siapa yang rasa tenang? Penghuni rumah la kan? Pb bukan nak membebel kat sesiapa, saje je........tengok sesetengah lelaki yang tak peduli langsong hal rumahtangga. Periok belanga bocor, kuali kemek, sudip patah, dapur gas tersumbat............semua si isteri kena settle.

Kan bagus kalau suami sokong apa yang dia beli? Nak cerita pasal tin biskut yang pb nampak kat Tesco ni.......hari tu tengok kat blog orang, hari ni dah ada dalam simpanan. Nak bawa balik Sabah tapi hubby kata tak payah, kita cari kat sana je. Kalau takde? pb akan salahkan dia kerana menghalang pb bawa balik benda ni......

Kalau awak nak jugak, bawak la.......jangan merungut bila tak boleh masuk dalam beg. Takpe, tak boleh masuk nanti pb adjust kat sape2 sedare yang nak kesana, bawak jugak bendalah ni!


Manggis tu memang dah lama teringin, jumpa kat Billion terus beli, sekilo RM5. Roti Hi5 memang tak jumpa la kat sana dan yang penting tin biskut tu........hehe....pening kepala hubby fikirkan bini dia, nak angkut jugak...

14 ulasan:

  1. salam zana....mmg cantik pun tin biskut tu...kalau hubby liza pulak bila liza beli ape2, dia yg akan settlekan brg tu nak letak kat mana...bini dia relax jer, laki dia yg pening kepala.....hahahaaha

    BalasPadam
  2. Eh, sy tatau pun ada tin biskut tu kak. Mmg comel. Klu sy pun, sy nak beli. Hihihi!

    Tp kak, kat Sabah mmg byk brg takde ke?

    BalasPadam
  3. @Liza:
    Wslm Liza, psl tugasan dia la pack brg yg dia bising, suruh tinggal....hehe..

    BalasPadam
  4. ada jgk lelaki suka berblnja x tntu pasal... lbh baik org pompuan.. dia beli utk famili

    BalasPadam
  5. salam kak zana...comei jek tin tuh kan..x pe akak..mungkin dr segi len,suami akak lebih prihatin..kan..

    BalasPadam
  6. @..::..aRe-Na..::..:
    Wslm......dia ok, selalu dia yg kecoh beli membeli ni, cuma kali ni je...

    BalasPadam
  7. cantik tin biskut tu.. patutlah nak bawa kesana..

    tapi betullah.. kalau nampak benda yg berkenan mmg cepat je nak beli.. dah beli baru fikir balik benda ni nak guna ke.. tapi sebenarnya tak guna pun kan.

    BalasPadam
  8. kekadang org prempuan ni..bnyk juga beli brg yg membazir' akaklah tu...heheh 'terutama brg dapor. beli2.. konon nk msk..smpai dh xfired tak berusik..membazir ajekan?

    BalasPadam
  9. @kakyon:
    Pd lelaki membazir tp bg zana tidak.

    BalasPadam
  10. Asmkum zana .. apa kbr..akk pun terpengaruh jugak zana.. hampir2 nk mgaut 3.. harap2 ada manafaatnya nanti

    BalasPadam
  11. @dZana:
    wslm...sampai 3? amboi...nak isi apa tu?

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)