my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Hijau keliling ku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Takde apa yang menarik entry kali ni, hanya gambar sekitar rumah MIL. Fikiran melayang jauh memerhati keliling, alangkah seronoknya jika semua yang ada didepan mata pb ni berbuah dengan lebatnya. Pasti pb dah turun ketanah petang hari dengan sebatang galah.
 Mendongak ke pokok durian dibelakang rumah yang ada buahnya tapi taknak gugur. Tak sudi dijamah oleh kami agaknya.......
Pokok salak yang tak berbuah, hanya duri menyaluti. Agaknya sebab hujan yang berterusan setiap hari.
Limau purut ada juga berbuah tapi kat kampung ni jarang guna limau purut. Daunnya yang selalu diguna untuk masak......
Pb suka limau bali. Dapat juga merasa sebiji, manis rasanya. Kalau warna merah isinya lagi sedap tapi yang ni berwarna putih.
Sebelah pokok limau tu, pokok duku kalau tak silap. Takde juga buahnya, tengok je la........bila berbuah, kami takde kat kampung pula.

Limau kasturi berbuah lebat, tak pernah tak berbuah kalau pb balik. Tapi sayangnya selalu je gugur ketanah sebab kering dan jarang diguna. Biasanya pb guna untuk cuci ayam dan ikan yang baru di siang.

Ada banyak lagi pokok buah keliling rumah MIL, tak sanggup nak kebelakang rumah snap gambar. Biasanya kalau musim panas, adik ipar pb akan kait kelapa muda untuk diminum. Belimbing dan ciku pun ada, rambutan dan jambu air dah tak peduli, bersepah kat tanah. Buah manggis kesukaan pb langsong tak nampak putiknya. Dulu berbuah lebat sampai hitam atas pokok, takde siapa nak ambil.  Bila dah balik Sabah, kami tak sanggup nak beli semua. Mahal belakang cerita, tak menepati kehendak hati yang jadi tawar hati nak membeli.


nota pb: entry ni dah tertunda beberapa hari, skrg pb di KL pula.

6 ulasan:

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)