my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Mandul? Sungguh tak beradab!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Simpati, kasihan, sedih dan rasa nak marah pun ada. Wajarkah kita melabel seseorang itu mandul sedangkan kita belum pasti lagi kedudukan dia samada mandul atau tidak? Takde hitam putih, dia mandul. Hanya pengidap Endometriosis sudah di label 'mandul'? Zalimnya mulut yang berkata...........

Tidakkah mereka merasai apa yang dirasai kaum perempuan yang tidak boleh melahirkan, sedangkan mereka juga sejenis? Betapa pedihnya hati menatap bayi baru lahir setiap kali melawat sedara bersalin hinggakan tak mampu mendukungnya. Baby dah besar baru la berani membelai. Bukan dengki orang boleh beranak tapi 'pedih' dihati hanya Allah yang tahu.

Pb ada sorang kawan dulu yang telah dibuang sebelah peranakkannya tapi dengan kuasa Allah, dia dapat juga mengandung dan sekarang mungkin dah dua tiga orang anak. Ini semua bukan kerja kita, rezeki, jodoh pertemuan, ajal dan maut.......siapakah perancangnya?

Hanya kerana anak si mulut longkang ni 'subur', tiap-tiap tahun beranak, senang2 dia boleh kata kat orang yang takde anak tu, mandul.....Jangan lupa ye, anak perempuan awak bukan seorang. Ada lagi yang lain masih sekolah. Satu hari nanti Allah akan beri pengajaran juga pada orang sebegini.

Pb juga pengidap endometriosis. Semua yang terjadi bukanlah permintaan pb. Begitu juga dengan anak yang dianugerah oleh Allah, ada yang cantik comel, ada yang cacat celanya......tak semua sempurna dibumi Allah ni melainkan hanya DIA. Begitu juga dengan mereka yang tidak mempunyai zuriat sendiri. Pernah dengar perempuan yang normal (maksudnya ada naluri keperempuanan) tidak berkeinginan mempunyai anak? Jangan libatkan la mereka yang tak beragama, hidup bebas seks tu.............

Soal rezeki ni (zuriat juga dikira rezeki) kalau kita berdoa pun sudah, berusaha cara moden dan tradisional pun sudah tapi jika Allah tidak mengizinkan memilikinya, apa lagi yang harus kita lakukan? Pasrah, redha dan terima qadha dan qadar dariNya. Ketepikan suara 'nyamok-nyamok' yang mengiang kat telinga. Bila terkena penampar dari tangan seseorang, baru dia tau langit itu tinggi atau rendah.




nota pb: entry menikam qolbu....

7 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  2. salam k.zana..kdg2 org ni xsenang bila tgk kebahgiaan org,Ada jer yg nk mengata.Klu jumpa org yg sebegini,jgn dilayan sgt..kita serahkn semuanya pada ALLAH.

    BalasPadam
  3. Wslm atie, kalau kz yg dikata mmg x dilayan la lps ni tp kata2 kesat ni ditujukan pd saudaranya sendiri.

    BalasPadam
  4. salam kak zana.. terima kasih sudi singgah kat blog .... :))... a'aah.. betul tu..kak zana mulut orang dia bukannya blh dok diam .. nilah binasa mulut .. pembawa fitnah ... dosa paling besar ..

    BalasPadam
  5. @Wani:
    Sama2 wani, cepat atau lambat pasti ada pembalasannya.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)