my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tutup buku masak

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Sekarang ni kalau kawan2 datang blog pb ni, agak susah nak tengok resipi masakan kerana tuan dia dok tak setempat. Tapi bukan la tak memasak, cuma tak boleh berfoto bagai. Bukan apa, agak susah nak cuba resipi kawan2 dengan serba kekurangan. Lebih lagi di rumah mertua, maklum le.........anak2 semua jauh, mereka tak guna peralatan seperti mixer, oven dll.

Semalam pb melawat teman baik hubby yang accident beberapa minggu lepas. Dia baru lepas operate kaki yang patah. Kesian, kemalangan ketika balik kampong.  Kekadang kita bawa kereta elok je tapi orang pula langgar kita. Malang tak berbau kan?

Malam tadi gerhana bulan kan? Pb keluar juga tengok2 kot-kot dapat ambil gambar, tapi semuanya nampak pokok je, kampong la katakan. Kerap betul berlaku gerhana sekarang ni. Gempa bumi, banjir besar, banjir lumpur dan musim hujan yang dah tak menentu.....hati-hati la ye kalau plan bercuti kemana-mana. Pb tak bawa lagi anak pergi mana-mana, kesian dia. Kalau tak sempat juga, balik Sabah baru boleh pergi swimming.

Walau tak dapat kemana pun, dia tetap happy. Lebih lagi bila dapat main dengan kucing-kucing kakak.....seperti Tuah dan Mek...

nota pb: maaf kalau entry tunggang langgang
sebab pb belum mahir guna samsung galaxy tablet..

2 ulasan:

  1. yelah zana..sekarang ni macam2 bencana dtg.lepas gerhana ni pasti ada lagi bencana..nauzubillaah..
    ya Allah..selamatkanlah kami dari segala bencana yang akan memudaratkan kami..dan kau jauhkanlah kami dari melakukan kemungkaran..Amin..
    Wah!canggih kau zana..pakai samsung galaxi lagi..:)

    BalasPadam
  2. Aminnnn.....

    Hehe....ni semua cikgu fahmi yg pilih, zana tak minta pun.......kelassss ek? Biasa je kakrose, org lain rumah banglo lg mewah dr zana.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)