my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Roti Jala Kuah Durian....yummy!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Roti jala dan kuah durian ni pb buat hari Ahad lepas, boleh terlupa pulak nak letak dalam blog. Termanggu2 dua hari ni nak tulis entry. Sebabnya, kejap gambar dalam kamera, kejap dalam Galaxy Tablet, kejap dalam handphone.


Roti jala ni pb buat guna susu tepung, telor sebiji, tepung gandum, sedikit minyak masak dan air biasa. Kalau ganti dengan santan atau susu cair pun boleh. Perwarna makanan ikut suka kita, nak kuning, merah atau hijau. Rasanya jarang orang buat kaler merah kan? Ikut macam dalam myresipi ni, insyaAllah menjadi. Cuma kena pandai 'menjala' je........

haha.....tak sempat masuk pinggan, terus snap gambar sebab nak cepat pergi rumah makcik, bawa untuk dia sikit.

Kuah/serawa durian ni pb guna gula merah dari Kelantan. Tu sebab kaler agak coklat. Nak manis lagi, tambah gula putih tapi jangan banyak sebab durian pun dah manis. Masak dengan santan, daun pandan dan akhir sekali letakkan sesudu dua tepong jagung. Tak letak pun takpe, nanti pekat juga bila sejuk.

Hubby pb kan orang Kelantan, dia orang tak biasa makan begini. Peliknya dia tu, boleh dia hirup kuah durian tu begitu saje. Kalau pb, memang tak la.........kalau tak habis kuah ni, boleh masakkan pulut dan makan bersama.

Ada lagi saki baki durian dalam peti. Nak buat cekodok la pulak lepas ni. Oh ye, semalam pb ke pasar besar KK, banyak betul buah cempedak. Dah musim ke?

Lagi satu, terima kasih mereka2 yang sudi follow pb. Harap2 follow seikhlas hati ye. Maaf la kalau pb jarang dapat bw kawan2 baru kerana masalah tertentu yang tak dapat dielakkan. Bagi yang sudi komen, terima kasih bebanyak.

15 ulasan:

  1. buat minum petang sedap ni...
    kene la pulak dgn teh 'O'...

    BalasPadam
  2. sedapnya kalau dpt makan ni. izan kalau bab menjala ni mmg fail abis. huhu...lagi2 acuan roti jala tu dah dikerjakan si kembar ... kena beli yg lain...

    rasanya mmg musim cempedak dah mula. kat sini pun berderet2 kedai jual cempedak tepi jalan...

    BalasPadam
  3. Sy pun tak biase mkn roti jala dgn kuah durian. Sy biase mkn roti jala dgn dalca je...

    BalasPadam
  4. kak zana, kite rugi sbb tak mkn durian..so kuah durian pon samalah..:)

    BalasPadam
  5. zana..xpndai menjala..melempeng aje..:)

    BalasPadam
  6. @kakyon:
    Haha.....pejam mata pun boleh melempeng kan?

    BalasPadam
  7. @kakchik@ella:
    Tq kakchik, sampai esok pagi pun x basi.

    BalasPadam
  8. Assalamualaikum kak Zana..cantik jalaan tu, kemas je. biasa kat sini kita makan roti jala dgn kuah kari..emmm sedap la, dah teringin nak buat pulakkk.. :))

    BalasPadam
  9. ehem. kite reti 'menjala'

    tapi buat kuah durian ni memang kene belajar dgn akak..hoho

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)