my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Popia Basah, Kerabu Udang Mangga

Adeh......malu nak tayang sebenarnya. Berpoloh buat kulit popia ni semalam petang, berjurai menitik....opss...bukan macam cerita Senario yang si penjual roti canai tu ye. Ini peluh keluar seikhlas hati, mencuba yang terbaik untuk suami tercenta (dia centa ke dengan aku lagi??:)....)

Kakpb buat popiah basah ni sebabnya.....teringat masa dulu-dulu lepas shopping kat Sogo, lepak kat food court atas tu. Order popia yang kat tepi tangga tu, dekat dengan nasi ayam stall. Entah ada lagi ke tak......ada kot.

Sebenarnya semalam nak ikut macam Umie-e myresipi tapi entah kenapa semalam myresipi.com tak boleh view pula. Jadi tak dapatlah nak tengok Umie menepek tepung atas kuali panas dengan jarinya...:) Kakpb jelajah kerumah Ros Jintanmanis. Try buat seperti Umie, tepek dengan jari.....alamak....tak tahan ler, walaupun dah angkat kuali dari dapur. Tapi tak letak atas towel basah....:)) kakpb ni anak murid yang degil. Patut pun panas jari ku itu!!


Ok tak gulungan tu? besar gedabak, makan sekeping dah kenyang. Rupanya senang je buat kulit popia ni, cuma perlukan latih tubi menipiskan kulitnya tu.

POPIA BASAH
oleh: @blogsurirumah
sumber asal: umie-e myresipi
copy paste: Ros

Bahan Kulit

2 cawan tepung gandum
1 biji putih telor
3/4 cawan air
2 sudu makan cuka
secubit garam

Bahan Inti (boleh buat inti ikut suka atau cara tersendiri)

1/2 biji kobis - diricih halus
3 biji sederhana besar carrot - disagat halus
1 biji sederhana bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu besar sos tiram
1 sudu makan udang kering
garam secukupnya
minyak untuk menumis

**Blend bawang besar+bawang putih+udang kering. Panaskan sedikit minyak dan masukkan bahan blend tadi. Kemudian masukkan sos tiram + garam. Kemudian masukkan sayuran dan masak hingga layu.

Bahan Sambal

15 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
1 sudu besar gula perang
2 sudu besar kicap manis
minyak untuk menumis
garam, perasa dan bawang goreng secukupnya

*** blend cili kering+bawang besar +bawang putih. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan blend hingga garing. Masukkan kicap dan gula perang + garam dan perasa.

Cara-cara

1. Campurkan kesemua bahan dalam mangkok adunan.
2. Gaulkan (macam buat cokodok) kemudian tutup dan biarkan sebentar sekurang-kurangnya 1/2jam.
3. Ambil sejemput dan lenserkan ke atas kuali leper.
4. Buat dari arah jam.mulakan dari tepi dulu.kemudian sapukan bahagian tengah dengan sisa tepung yang masih ada di tangan.setelah rata - bulat >>> biarkan sampai tepung masak sebentar. Utk step nih sila lihat di my.resipi.
5. Angkat tepung yang telah masak dan letakkan dalam pinggan . Boleh disusun berlapis2 (tak lekat).
6. Ambil sekeping kulit popia dan sapukan dengan sedikit sambal.
7. Letak satu sudu besar inti dan taburan bawang goreng.lipat macam biasa dan gulung.

Terima kasih kak-e, sunyi sepi je blog kak-e tu. Harap kak-e sihat walafiat. Terima kasih juga pada Ros Jintan manis dan ramai lagi kawan lain yang dah cuba.


Kerabu Udang Mangga ni paling kakpb suka bila berbuka. Rasa masam manis, tomato dan udang tu sedap sangat masuk ke mulut. Senang je......asalnya tengok kat majalah tapi yang ni kakpb ikut suka sendiri.

KERABU UDANG MANGGA
oleh: @blogsurirumah

1 biji mangga muda
6-7 ekor udang segar kupas kulit
1 biji buah tomato
2 biji cili hijau
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
sedikit belacan bakar
1/2 biji bawang besar, hiris halus
3-4 cili padi kalau suka
garam dan gula

Mangga muda di hiris memanjang.
Buah tomato buang isinya, hiris memanjang.
Gaul bahan hiris bersama gula, garam, jus limau.
Tumbuk cili padi dan belacan (suka hati kalau nak mesin) dan gaul bersama mangga tadi.
Akhir sekali baru masukkan udang segar.

*motivasi untuk diri sendiri dan kita semua.
"Dengan Nama Allah, dipohon pelihara diriku, hartaku dan agamaku. Ya Allah, jadikanlah aku redha dengan penentuanMu dan berilah keberkatan kepada ku pada perkara2 yang di tetapkan bagiku agar aku tidak suka menghendaki sesuatu yang Engkau lambatkan serta tidak pula suka melambatkan sesuatu yang Engkau segerakan"


19 ulasan:

  1. Kerabu mangga Zana tu nampak sedap dengan udang yang segar. :)

    BalasPadam
  2. popia!!kakpb tau tak..smlm dr pagi lg saya dah sms asben..ckp kat dia buka posa saya nk makan popia basah..mmg tingin sgt2..pi la ptg kat param tapi org yg jual popia tu tak niaga lak smlm..1 dijual 80sen tapi mmg sedap la puashati.tengok2 pagi ni blog kakpb ada popia lak huhu..xleh jadinye...hrp ada la ptg ni.

    BalasPadam
  3. kerabu udang mangga tu buat sy terliur huhuhuhu .. mesti sedappkan...

    BalasPadam
  4. waa nanpak sedapje popia tu..

    Assalamualaikum, salam kenal.. saya follow sini ye

    nanti bolehlah menerai resepi2 yang disediakan akak..

    terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam
  5. popiah basah memang kesukaan saya..saya dah salin resepi cuma masa je tak tahu bila nak buat...memang nak buat sendiri nanti..

    BalasPadam
  6. Salam, Kak Zana. Kita dulu berlatih dengan mak mertua buat kulit popia ni, tebal semacam jer.. heheh. Nampak okey jer kulit popia tuh, nipis boleh nampak isinya.. mesti sedap.

    Kak, cemana tu nak dapat rempah asli gulai kawah?? pm.. pm..

    BalasPadam
  7. sedapnya kak....tak pnh buat sdiri sll beli jer popia bsh tu...kerabu tu pun sedap...=)

    BalasPadam
  8. salam k.zana.....alhamdulilah. pucuk dicita, ulam mendatang. ros mmg target nak buat popiah basah harini (nak perabis inti yang mmg dah buat since bt beancurd roll dulu). nanti ros tiru le jugak ye.tq ;)

    BalasPadam
  9. salam. kakpah tak reti nak buat kulit popia basah tu.

    kerabu tu nampak sedap.

    BalasPadam
  10. Kak Zana..Alin plg suka popia basah tp belum ada kekuatan nak buat..cam leceh jek..hehehe

    BalasPadam
  11. macam senang la. kulit popia tu boleh simpan dalam esbok tak bila dah masak dan dilapis banyak2. mana la tau tak cukup masa nak buat semua elemen 1 hari ni. arghh..semalam buat puff tak jadi!

    BalasPadam
  12. good resepi ni..sedap2nya..semuanya berkenan di hati..
    nanti akak share yee..untuk juadah berbuka puasa..

    BalasPadam
  13. salam k,zana...

    ini baru betul2 blog surirumah..sebb selalu melawan kata guru....hahahha tapi kejadiannya teramat2 lah mantop..sbb hanya surirumah2 jer yang rajin buat benda2 yg renyah....

    Insyallah dlm hati C.Fahmi tetap k.zana yang dichentai...yakin lah...

    BalasPadam
  14. wahhh!!! kulit popia buat sendiri yee... rajin nya..

    BalasPadam
  15. ala kak..dayah mmg dah berkira-kira nak cuba buat kerabu tau..!

    tak sangka..

    hehehe..ok...boleh cuba nanti..

    (dayah nk tgk resepi biskut akak..)

    :)

    BalasPadam
  16. puas hati bila buat sendiri..kan??
    walaupun berpoloh2...hehhe

    BalasPadam
  17. sedapnya..terasa dah lemak2 masam.nak try juga nanti.:)

    BalasPadam
  18. saya dah try buat ni kak zana tapi kulit tu jadi macam tak cantik pula. consistency tu sepatutnya mcm mana ye? lembik sgt ke? saya guna non stick pan, dia mcm tak mau lekat. bila lekat pun jadi sgt nipis dan kering. nak try buat lagi. apa pun sambal dia sedap! :)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)