Sambil update blog, sambil dengar ceramah 'Memahami dan Mengurus Takdir' oleh Ustaz Pahrol dari blog Nur Cetusan Rasa. Terima kasih ye Nur kerana sayangkan kakpb dan juga kawan-kawan lain seperti kakzakie, kakcik seroja, mommy fara dan ramai lagi kawan-kawan yang perihatin. Walau mereka tidak tahu, tidak faham dan tidak dapat menyelami masalah kakpb, cukuplah sekadar kata-kata semangat. Mungkin bagi setengah orang, sikit sangat dugaan kakpb ni. Hanya Allah yang mengetahui nya.
OPOR DAGING
oleh: @blogsurirumah
sumber: Chef Rossham Rusli, kuali.com
1/2 kilo daging lembu, potong seperti buat rendang
Minyak masak untuk menumis
Bahan untuk rempah/kisar:
5 labu bawang merah - kakpb guna bawang merah kecil
5 ulas bawang putih
sedikit halia
5 biji buah keras - letak 3 biji saja
2 sudu besar serbuk ketumbar
3 inci lengkuas - takde lengkuas, dah kecut merut dalam peti
4 batang serai
1 sudu kecil lada putih - kakpb tukar serbuk lada hitam
1 cwn air
1 liter santan
1 cwn kelapa kerisek - separuh je letak
3 sudu besar asam jawa campur dengan 1/2 cwn air
110 brown sugar
10 gm cili powder - kakpb tak letak
250 ml air
1/2 cwn cili kering mesin
garam
daun limau purut - kakpb tambah sendiri
(kakpb masak separuh saja dari resipi di atas)
Cara membuatnya:
- Rebus daging selama 30 minit.
- Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan rempah tadi.
- Tambah cili kisar dan serbuk cili. Kacau sehingga naik minyak.
Tambah air kosong dan biarkan ia mendidih.
Masukkan ke dalam kiub daging lembu yang di rebus tadi.
Kemudian, masukkan santan dan air asam jawa. - Kecilkan sedikit api dan kacau rata selama 3 minit.
Kemudian tambahkan garam, gula perang dan kerisek. - Biar kan reneh sehingga daging empuk dan lembut.
Buat sahur pagi tadi, makan dengan roti keping.......macam rendang juga rasanya. Cuma kakpb biarkan kuah berlebihan, taknak kering sangat.
Selamat berpuasa dan selamat memasak....
Wasiat Nabi Muhammad s.a.w)
Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda- tandanya
1. Merahsiakan ibadahnya
2. merahsiakan sedekahnya
3. merahsiakan ujian yang menimpanya
1. Merahsiakan ibadahnya
2. merahsiakan sedekahnya
3. merahsiakan ujian yang menimpanya
Assalamu'alaikum Zana.
BalasPadamTiada manusia yang hidup tanpa masalah. Sekarang pun sebenarnya ada sesuatu yang membelenggu hati dan perasaan kakcik. Namun kakcik terus cuba untuk mengikis segala rasa yang negatif sebaliknya mengambil yang positif kerana kakcik tahu hidup kakcik tidak selama mana sahaja lagi...
Assalam zana sedapnya opor daging tu, kalo saya pun suka berkuah sikit, nampak sedap sangat opor tu
BalasPadamnmpk simple..nk try la.tq kak
BalasPadamTapi kan zana kadang nak rahsiakan ujian yg menimpa agak sukarlah (bagi kakak). Sekurang-kurangnya ada salah satu yg boleh membantu mendengar dan menasihat dapatlah melegakan walau dgn cara itu berjuraian airmata ditagih..
BalasPadamApa-apa pun opor zana menggoda juga nie:)
salam kak PB..
BalasPadamnampak menyelerakan lauk kak PB ni... sama2lah kita berahsia dugaan yg kita alami ni ye kak.. semoga kita sama2 tabah & muhasabah diri... amin..
@EmbunRosaliza
BalasPadamWaalaikummussalam Ros, ada kuah nmpk bnyk sikit kan?
@KhaiRin : anies
BalasPadamSana-sama Anies:-)
@Kakzakie
BalasPadamSetuju juga dgn kakzakie, perlu org yg boleh dipercayai sbg tempat mengadu. Nak selesaikan sendiri mslh kecil2, ok la.
@MaDiHaA a.k.a Ratna
BalasPadamW'slm Madiha....mudah2an kita tabah mengharunginya.
salam k.zana....
BalasPadamopor daging akak ni mengoda lah...kena cari daging lah nampak gayanya ujung minggu ni..acara tahunan kt rmh MIL, setiap pertengahan ramadhan...
sabar,muhasabah diri dan selalu mengadu pada Allah Taala pasti akan tenang jiwa ....sayang akak...
Sedapnya opor daging mkn cicah ngan roti.
BalasPadam@Ucu Faridah
BalasPadamSaaaaayang ucu juga..
@Nazayiena
BalasPadamSedap dik, mcm rendang.
kak pb.. semoga sentiada diberi kekuatan menghadapi ujian :)
BalasPadamtun xmakan daging, tp nmpk mcm sedap opor tu.
Assalam kak pb, opor daging ni ada rasa macam rendang tak?..
BalasPadamKurang pasti apa yang kak pb sedang mengalami, tapi mudah2han semua dipermudahkan dan bertwakallah pada Nya ya kak..
@tun_telani
BalasPadamInsyaallah Tun, terima kasih dan sayang Tun juga.
@Ayu
BalasPadamWalaikummussalam Ayu, ada juga rasanya tapi cara masak lain sikit kan? tak guna rempah kari.
nyum2...sodap tu...huhu
BalasPadammoh joint contest atok
http://anaknegori.blogspot.com/2012/07/contest-sapo-nak-kad-rayo.html
Sama2 kak.. Moga sedikit bantuan dapat melegakan kekusutan yg akak alami.. TQ kak sebab linkkan blog Nur.
BalasPadamSedap tengok opor ni.. bila2 ingat nak cuba..
opor daging?? eh. nampaknya banyak masakan yang saya tak tau ni..
BalasPadammengopor kakak kita sorang ni..cantek opornya,sedap kunyah2 ngan nasi panas ni..
BalasPadam