my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Apa nak jadi!

Hari ni kakpb tertarik hati nak sentuh tentang berita hangat antara Shila Amzah dan Sharnaz. Bagaimana boleh jadi kecoh begitu? Salah wartawan ke atau salah orang yang mengeluarkan kenyataan tu? Bila dah jadi public figure, hati-hatilah menyatakan sesuatu lebih-lebih lagi soal jodoh, merisek, cinta hati dan hal-hal yang bersangkutan dengan perasaan ibubapa masing-masing.

Bagi kakpb, bapa Shila berhak untuk mempertikaikan atau mengongkong anak gadisnya selama dia masih belum bernikah. Itu tanggungjawab dia sebagai bapa. Dosa anak perempuan dia kena tanggung hingga anak itu berumahtangga, barulah di tanggung sepenuhnya oleh suami.

Bakal suami anaknya sepatutnya bersikap mengalah atau berdiam diri lebih baik. Bukan membalas kenyataan yang boleh merosakkan lagi hubungan yang telah retak (mungkin). Tidak berbaloi menyakiti hati bakal isteri (katanya) dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak manis kepada pihak perempuan sedangkan dia menyintai si gadis itu. Itu belum bernikah, bayangkan jika telah menjadi suaminya? Seolah ingin meracun fikiran bakal isteri agar membuat sesuatu yang tidak baik terhadap bapanya.

Betul, Sharnaz nak kahwin dengan anaknya, bukan bapanya....itu yang Sharnaz sebut tetapi sedar atau tidak dengan mengahwini sigadis itu, bermakna ibubapa gadis itu telah menjadi ibubapa dia juga? Mengasari mertua (bakal la kiranya ni) sama juga seperti mengasari ibubapa kita sendiri.

Maaf la kalau ada yang tersinggung dengan nasihat dari orang yang lebih tua dari mereka ni. Jangan ikut sangat hati yang panas tu. Terlajak perahu boleh di undur, itu pun kalau ada pendayung....kalau tak, kayuh la dengan tangan, larat ke?
Terlajak kata, buruk padahnya. Sekali kita berbuat jahat, seumur hidup akan di kenang. Tidak rugi berbudi bahasa, tidak rugi merendahkan ego, tidak rugi mengalah kerana orang yang mengalah adalah orang yang teramat sabar dan orang yang sabar adalah orang yang BERIMAN.

22 ulasan:

  1. cerita ni masih panaskan.Apa2 pun yg muda kena hormat yg tua tak kira apa.

    BalasPadam
  2. saya banyak dah baca cerita diorang ni...banyak yang panas dari sejuk...orang2 muda sekarang ni ada rasa kurang sikit hormat orang tua...merasakan diri tu dah besar seperti nasihat orang tua tak diperlukan...ada hikmah bila benda ni terjadi...

    BalasPadam
  3. Semoga mereka menemui jalan penyelesaian yang terbaik. Kena ingat bahawa tiada ibubapa, tiadalah anaknya...

    BalasPadam
  4. setuju sangat2 dengan apa yg Kak PB katakan tu...

    BalasPadam
  5. Kalaulah anak kakak sejujurnya zana kakak dah tak kasi anak kakak teruskan hubungan tersebut sebab dah calarkan perasaan dan hati ayahnya.. pasangan boleh cari ganti tapi ayah/ibu itulah satu-satu dunia dan akhirat.

    BalasPadam
  6. harap yang terbaik untuk mereka...

    kesian lak jadi gosip panas...

    BalasPadam
  7. Siapa itu Sharnaz..? Lawyer? Majistret? Hmmm... kalu anak saya Im sorry. She can get a better person than him. Tahu diri tahu menghormati perasaan orang tua dan lebih beragama. Ins'allah.

    BalasPadam
  8. yup.. betul, bapa shila ada hak ke atas anak dia....

    BalasPadam
  9. selagi belum terikat tanggungjawab masih dgn ibu bapa .. hakikat yg kadang2 kita kena telan .. ok ape .. ambik aje ati mak ayah dia .. dah dpt lain cerita ekeke ;) aci !

    BalasPadam
  10. assalam kak pb
    he heee ada jgk terbaca bila belek2 surat khabar hari minggu tu kan, sekali sekala layan citer perihal artis ni
    emmmm susahnya ada nak gadis cantik famos dan jutawan skrg kan, apapun ibubapa berhak tentukan yg terbaik utk anak2nya kan kak pb

    BalasPadam
  11. Sharnaaz dah silap besar dari awal lagi. Ego Ego Ego!

    BalasPadam
  12. bapa shila ada hak menentukan arah kehidupannya. apa hak sharnaz? terlebey sudah!

    BalasPadam
  13. @Marsita yahya
    itu yg susahnya bila rasa hormat tu kurang.

    BalasPadam
  14. @Ummiarissa Mahdi
    pasti ada hikmahnya samada dia sedar atau tidak..

    BalasPadam
  15. @Kakzakie
    Mungkin juga ayahnya kena mengalah demi sygkan anak perempuan itu.

    BalasPadam
  16. @mamawana
    betul2...sbnrnya ramai lagi yg lebih baik dari dia.

    BalasPadam
  17. @ieda immi
    itu sebab agaknya ayah si perempuan berat hati nak lepaskan pd lelaki tu.

    BalasPadam
  18. @mama sara nur
    iya..cuma kdg2 anak ni taktau makbapak larang tu sb sayang, bukan kongkong.

    BalasPadam
  19. susahla cam ni, semua nak tunjuk kuasa kan..

    fikir2 la sendiri..

    anyway salam kenal

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)