my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kek Pisang sumber MatGebu dan IzahDaut


Kakpb buat kek pisang ni dah beberapa hari lepas. Dah tayang kat instagram, ada juga yang tanya resipi ni. Resipi kek pisang Mat Gebu tu asalnya ada coklat urai dan dia buat versi kek. Kakpb buat dalam cup, senang nak makan dan takde hiasan apa2 cuma kakpb lebihkan pisang yang di potong kiub. Tersangatlah sedapnya dan lembut. Terima kasih encik Mat dan juga empunya resipi asal. Minta izin copy paste ye.....


KEK PISANG COKLAT CHIP
@blogsurirumah
sumber: MatGebu

150 gram mentega atau marjerin (kalau guna marjerin rasa lain sikit)
200 gram tepung kek (mat guna tepung naik sendiri)* kakpb takde tepong naik sendiri, campur je tepung gandum dgn baking powder)
1/4 camca teh soda bicarbonat*(*disatukan dan diayak)
100 gram gula perang (resipi asal 150 gram gula kastor)
3 biji telur
100 ml susu segar
100 gram pisang, dilecek halus
Beberapa titik esen pisang
50 gram coklat urai (chocolate rice)- yang ni takde stock
1/3 cawan pisang yang didadu besar
1/4 cawan cincangan kacang gajus secukupnya- tak letak, ganti dgn coklat chip

  1. Panaskan oven pada suhu 170C, lenser tin berukuran 8 inci x 3 inci x 3 inci dengan mentega, alas dadar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar mentega dengan gula perang hingga sebati, masukkan telur satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan berkrim. Pada kelajuan perlahan, masukkan tepung berselang seli dengan susu segar hingga habis, putar rata.
  3. Masukkan pisang lecek dan esen pisang gaul dengan spatula. Tambah coklat urai dan pisang yang telah didadu tadi, gaul hingga semua rata. Tuang dalam tin tadi, ratakan dan tabur dengan cincangan kasar kacang gajus.
  4. Bakar selama 40 - 50 minit atau hingga kek masak. Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan untuk minum petang....

Bawah ni pula resipi dari Izah, minta izin copy paste ye Izah. Kakpb siap bagi makcik lagi, sedap katanya. Memang sedap sangat, kakpb tak campur coklat chip dalam adunan. Kakpb tabur atas kek sebelum bakar. Terima kasih ye Izah, peminat tegar pisang kita ni kan?:)



  MUFFIN PISANG COKLAT CHIP
@blogsurirumah
sumber: IzahDaut

2 cawan tepung gandum
 1 1/3 cawan gula
*izah guna 1/2 cawan dan beberapa sudu
2 biji pisang yang ranum
*izah letak 200gm
1\2 cawan minyak masak
2 biji telur
1\3 cawan  susu segar
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 1/2 sudu kecil baking powder
beberapa titik esen vanila
beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji)
*izah guna coklat chip

1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.

2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.

3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar, masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.

4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di tengahnya, bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, *izah bakar 25minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder

*kedua2 resipi di atas kakpb guna susu cair sahaja.

23 ulasan:

  1. bole ambik tempahan..cntik dn gebu..

    BalasPadam
  2. Kak zana na na naaa.. mcm dlm gua niah..ikiki..nak kek pisang mapin..3 ketuii

    BalasPadam
  3. Nk jgk buat versi cc tu nnti...dua2 resepi best! :-D

    BalasPadam
  4. Memang nampak gebussss.... sedap!!!

    BalasPadam
  5. wah!!!! kek tu nmpak gebu cm mat gebu..huhu :)

    BalasPadam
  6. Memang sungguh mengkagumkan... dan sungguh terliur!

    BalasPadam
  7. nyum!nyum! sedapnya kaak.....nk tryla recipe ni one day :))

    BalasPadam
  8. ala la...sedapnye...gebuss je kan kek ni..

    BalasPadam
  9. Kak Zanaaaaa... lama dah tak buat kek pisang... banyak masakan dalam lis nak buat nih...

    BalasPadam
  10. assalam k.pb
    sedapkan bila berasaskan pisang ni emmm suker sy
    tambah menarik letak coklat chips tu

    BalasPadam
  11. @sal
    takde org nak tempah Sal, kalau izah..ramai ler order.

    BalasPadam
  12. @QA's ~ mamapapa
    cubalah..insyaallah tak menghampakan, senang buatnya.

    BalasPadam
  13. @Rohah
    alaaa..tak sesedap air tangan org tuuu..

    BalasPadam
  14. @Zana
    kita serupa..kita serupa (nyanyi utk zana)

    BalasPadam
  15. @mama sara nur
    iye mama...asal pisang je mmg tak tolak punya.

    BalasPadam
  16. as-sala..singgah pagi selasa..
    menarik ni ;)
    tenkiu kak :D

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)