my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Nasi Briyani & Kurma Daging


Anak bujang kakpb ni suka sangat nasi yang berwarna, seperti nasi briyani, nasi bukhari dan seumpamanya. Semalam kakpb tak plan langsong nak buat nasi briyani. Kebetulan kakak talipon, sembang-sembang hal famili, kakpb pun teringat kurma daging yang selalu kakak dan emak masak bila kenduri. Dia bagi resipi sekali imbas je dan kakpb catit pun lebih kurang je.

Jadi ini kurma daging resipi dari kakak dan emak kakpb. Rasanya sama seperti orang lain, cuma kakpb takde rempah briyani, dah habis stok.

KURMA DAGING
oleh: @blogsurirumah

1/2 kg daging lembu potong kiub
2 sudu besar rempah kurma campur rempah briyani
1 inci halia
3 ulas bawang putih
2 labu bawang besar (kakpb campur bwg merah kecil)
2 sudu besar cili kering mesin
4 btg cili hijau
sedikit cili padi
Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
2 biji tomato (kalau ada tomato puri lagi senang)
2 sudu kerisek
Susu cair atau santan
minyak untuk menumis
Bawang goreng

Cara membuatnya:-

Panaskan minyak, masuk kulit kayu manis dll.
Masukkan bawang, halia, bawang putih, cili padi, cili hijau yang telah di mesin.
Masukkan rempah dan cili kering.
Tumis hingga pecah minyak, masukkan daging.
Masukkan susu cair dan kecilkan api, biar reneh hingga daging empuk.
Kisar buah tomato dan masukkan bersama kerisek.
Akhir sekali tabur bawang goreng.
Kalau ada daun2 seperti ketumbar dan pudina lagi bagus, rasa dan bau lebih sedap.

Nasi briyani pula kakpb buat simple je. Tumis bawang merah, bawang putih yang di hiris. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah di mesin. Jangan lupa rempah 4 sekawan tu. Beras basmati basuh awal-awal dan toskan. Masukkan sedikit garam dan air mengikut sukatan beras tadi. Masuk daun pandan sehelai dan susu cair.
Bila dah mendidih, masukkan beras. Tunggu hingga nasi masak baru masukkan pewarna. Kakpb guna pewarna kuning telor saja sebab takde bahan. Titikkan dalam nasi, kakpb biar beberapa ketika baru gaul rata.

Kalau ikut cara emak kakpb, dia letak jus limau nipis dalam susu. Orang kata, tairu?
Nasi briyani setengah restoran kekadang tak menepati citarasa kakpb. Warna yang keterlaluan dan beras pun tak sesedap yang kita buat sendiri. Nasi briyani ni kalau tak habis, esoknya boleh buat sarapan. Kukus sekejap, lebih sedap.

18 ulasan:

  1. salam kak.lama tak jenguk sini...dah berubah rupanya blog akak.lama betul tak pekena nasi briyani kurma daging camtu.sedapnya kalau dpt makan ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. walaikummussalam Ina, akak faham kalau tak sempat jengah kwn2 sb akak pun mcm tu juga.

      Padam
  2. Tengok gambar pun kakcik tahu masakan Zana itu memang sedap. :)

    BalasPadam
  3. Wow! Nampak sedap ni kak. Aduhai!!! Kan best klu akak ni jiran sy. Heeee~

    BalasPadam
  4. assalam kak pb
    rajinnya , tak penah buat sendiri sy ni asyik beli je he hee
    sedap tu, makan dgn daging

    BalasPadam
    Balasan
    1. ni pun sebab anak akak suka sgt mkn daging dgn nasi yg kaler2

      Padam
  5. Best nya klu dpt sepinggan...kurang rajin nk buat nasi beriani ni...:-D

    BalasPadam
    Balasan
    1. alaa...buat kek lapis susah2 boleh, takkan nasi briyani tak boleh?

      Padam
  6. sama dgn cucu akk..klau mkn nasi berwwarna mkn bertambah2..

    BalasPadam
  7. nasi beriyani ni kalau yg pandai buat mesti sedap :)

    BalasPadam
  8. Aslmkm. Kurma letak rempah briyani & kerisik mmg sedap, Along pun ada buat gak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam Along, mmg la along terror bab memasak...

      Padam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)