my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ikan gulai Sumatera

Foto kakpb snap ni memang tak cantik tapi rasa masakan gulai Sumatera ni memang menawan hati encik suami. Cumanya, kalau masakan yang perlukan daun kunyit, jangan harap la kakpb ada stock.

GULAI IKAN SUMATERA
@blogsurirumah
sumber:  TryMasak

1) ikan tenggiri (300 gram ) kakpb guna ikan putih/kerisi
2) santan (1 gelas)
3) serbuk kunyit (1 sudu teh )
4) kerisik (2 sudu makan )
5) bawang besar (dikisar) (2 ulas )
6) halia (dikisar) (½ inci )
7) bawang putih (dikisar) (1 ulas )
8) ketumbar (dikisar) (1 sudu makan )
9) cili tumbuk (1 sudu makan )
10) asam gelugur (2 keping )
11) daun kunyit (1 helai )
12) garam
13) serbuk perasa


1. Tumis bahan yang dikisar bersama cili tumbuk dan serbuk kunyit hingga wangi.
2. Masukkan santan kacau hingga rata.
3. Kemudian masukkan kerisik 
4. Setelah mendidih, masukkan ikan dan daun kunyit


9 ulasan:

  1. woo pekatnye kuah.

    pedas tak?

    BalasPadam
  2. Ini kalau makan dgn roti pun sedap zana..

    BalasPadam
  3. Lama tak makan ikan tenggiri...ada kerisik mesti sedap.

    BalasPadam
  4. sy pun selalu takde stok daun kunyit. Pernah sekali konon tu simpanlah buat stok, sampai kering pulak tak dimasak, hehehe

    BalasPadam
  5. Kalau ada bunyi Sumatera, Palembang, Padang... memang resepinya kaya raya dengan rempah & herba.. dan sudah tentunya sedap!!!!

    BalasPadam
  6. Salam...fuhhh pekat pekat kuahnya ni...sedapppppp

    BalasPadam
  7. Waduhhh ikan tenggiri tu. Kompom la sedap!

    BalasPadam
  8. Jarang masak guna asam gelugur.. Nampak sedap.. Kuahnya pekat...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)