my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kari Ikan Tanpa Santan


Boring ke datang blog kakpb ni? Maaflah...kekadang kakpb menulis takde gurau senda, maklum la...surirumah ni walaupun kerjanya kat rumah sahaja tapi percayalah....sibuknya sampai kemalam. Nak baca Mastika bulan lepas pun tak habis2 lagi. Bila malam, mata dah layu.  Kekadang kakpb bawa buku kemana2, kononnya nak membaca.....haram...bawa pergi bawa balik je.

Entry ni pun nak cepat, tadi takde karen kejap. Bosan betul, kerap sangat takde karen bulan ni. Ok, resipi kakpb ambil drp Myresipi. Copy paste sajalah.....

KARI IKAN TANPA SANTAN (ikan putih)
@blogsurirumah
sumber : myresipi, linapg.blopspot

  • 2 ketul kepala ikan jenahak (dibelah dua)
  • 2 paket kecil rempah kari ikan (jadikan pes)
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas (xletak pun xpe)
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2-3 sudu makan cili giling
  • 2 sudu makan gula merah
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis )
  • 6 ulas bawang merah ( tumbuk )
  • 2 ulas bawang putih ( tumbuk )
  • 1 cm halia ( tumbuk )
  • 2 kuntum bunga kantan ( dibelah 4)
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit daun kesum
  • 2 biji buah tomato dibelah empat
  • Daun kari
  • Kacang bendi
  • Minyak
  • Air asam jawa
  • Garam dan perasa
  • Air secukupnya

Cara-cara

  1. Tumiskan bawang besar, daun kari dan hamba campur hingga sedikit layu dan wangi masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili giling tumis lagi.Masukkan rempah ikan tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan air asam jawa. Kacau sebentar.
  4. Masukkan air ikut suka banyak mana.Masukkan garam & perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
  5. Kemudian masukkan kepala ikan,daun kesum dan bunga kantan.Simbah2kan kuah ke atas kepala ikan.Sesuaikan rasa
  6. Masukkan kacang bendi, cili merah dan tomato.Kacau sekejap. Tutup api

10 ulasan:

  1. style mamak ni.tak da santan :)
    cicah roti pon sedapkan

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  3. maaf kak silap guna ID suami lak tadi...

    saya ni kalau boleh nak buh santan je...tengok pekat sangat karinya...kalau kedai mamak diorang buat cam ni kan..

    BalasPadam
  4. salam kak pb,nampak sdp tu kuah pekat camni.Kalau sy suka mkn yg perangat hehe esok cicah roti.

    BalasPadam
  5. tak pandai masak kari tak buh santan.. sesekali leh cube resepi akak..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)