Assalammualaikum semua....
Masih mood bercuti? Area Sabah ni dah sekolah hari ni. Aktiviti pun berjalan seperti biasa. Nak update pulut kuning yang kakpb buat minggu lepas. Betul, kakpb tak pernah buat pulut kuning seumur hidup. Selalu makan mak atau kakak yang buat. Kali ni kakpb cuba buat sendiri sebab permintaan anak bujang.
Balik dari sekolah hari tu dia mengadu. Ibu, aziz teringin nak makan pulut kuning macam kat sekolah jual tapi aziz tak boleh beli. Kenapa tak beli? Aziz nak makan macam mana kalau dia jual dalam plastik. Aziz taknak makan gitu (budak2 sini makan nasi lemak, mee yang dibungkus dalam plastik, bila nak makan, gigit je bucu plastik gitu)
Ibu pun berusaha tanya kakak kat KL, macamana nak kukus pulut. Senang je rupanya. Rendam pulut dengan kunyit dan asam jawa. Kukus seperti biasa, kemudian curah santan yang dah digaul dengan garam. Ulang hingga pulut masak. Kakpb ada juga pergi blog kawan2 yang dah buat pulut kuning ni. Tak perlu share resipilah......cari je kat google tu mesti ada.
Pulut kuning ni kakpb buat 3 cawan je. Boleh simpan dalam peti ais, nak makan kakpb kukus semula. Hari tu makan dengan rendang ayam. Bila rendang ayam habis, makan pula dengan serunding daging. Suka sangat Aziz dengan makanan yang berpulut begini, dua pinggan dia makan.
Kalau cuti dua hari seperti sabtu dan ahad dia memang takde kat rumah. Selalu berkepit dengan anak opahnya tu, yang gambar kat atas tu. Minggu depan famili mereka nak makan angin sebelum singgah buat umrah. Pasti dia akan rindukan Aziz kerana berpisah tiga minggu lamanya.
Kawan karib yang dah macam belangkas. Main bowling, golf, badminton dan berenang mesti nak ada Aziz. Kalau di tanya siapa kawan yang paling Mizan sayang, sudah tentu Aziz pemenangnya :)
Sedapnya pulut kuning tuuuuuuuuuuuuuu! makan dengan rendang ayam or kari ayam pekat2. Nyum2
BalasPadamSesekali memang sedap makan pulut kuning dengan rendang. Kakcik tak boleh makan selalu sebab nanti 'masuk angin'. :)
BalasPadamBK kalau nk mkn cm2 suh mak buat gak walau akk ofer nk tolong buat.kdg2 2 BK boleg menangis smbil mkn cz teringin n sedap nyer mskn dri air tgn mak
BalasPadamTeringin pula saya nak makan pulut kuning dengan ayam :)
BalasPadamfavourite pulut kuning dengan rendang ayam, memang sedappppppppppp......
BalasPadamsy pun seumur hidup tak pernah buat pulut kuning tapi selalu tengok cara mak masak macammana. Selalupun sy tak belajar masak secara detail dengan mak tetapi selalu tengok apa yang mak campak dalam periuk tu, hehe
BalasPadamKalau keluarga kakak nie Zana bila ada majlis apa aje kalau tak ada bubur pulut merh/putih mesti kena ada pulut kuning.
BalasPadamMakan dgn rendang memang sedap.
wah,pulut kuning..sedapnya...mak saya ajar masak pulut senang jer..cuci beras pulut bersih2,letak dalam loyang,masukkan santan,pewarna kuning dan garam.gaul dan kukus.Bila dan kering,kacau nasi tu.dan kukus sampai masak.Kadang2 tak kacau pun ia masak.Kuantiti air,sama mcm masak nasi biasa.Cepat dan mudah..
BalasPadamdah lama tak makan pulut kuning,tak pernah buat sendiri jugak...nak juga cuba,anak-anak pun suka makan...rajin betul kak memasak pulut,saya rasa macam cerewet sikit..
BalasPadamsedap.baru minggu lepas tgk kawan makan pulut kuning n
BalasPadamAslmkum k.Zana
BalasPadamsedap pulut kuning mkn dg rendang.
Aziz mcm anak2 sy..mmg suka mkn pulut...ulang2 mkn bila buat.
re;k.Zana, sy belajar buat tapai dg maid sy.aaa tapai pantang diintai masa diperam...nanti merajuk. tapai pulut hitam ada tp jrg jumpa org buat.
salam k.zana....
BalasPadamsekali sekala layan pulut kuning sedap jugak kan. btw, mmg style dorg @sana makan gigit bucu plastik ke kak? ke perangai bdk2 je?
emm. sedap makan pulut ngn rendang ni
BalasPadamalamak. mengidam la pulak :)
BalasPadam