my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Cekodok Pisang Kembung kak Besah


Dah tua-tua buat cekodok pun nak update kat dalam blog? Peduli hape kan? Ini cekodok paling top di alam maya tau. Biasanya kakpb buat takde sukatan, main ikut sedap tangan ni je. Kalau emak kakpb suka letak santan dalam cekodok. Jadinya lemak2 gitu, sedap juga.

Cekodok kakbesah ni kakpb tak ikut sangat sukatan dia. Minta maaf ye Kak Besah.

CEKODOK PISANG KEMBUNG KAK BESAH
oleh : @blogsurirumah
sumber : myresipi

2 cawan pisang lenyek
1 cawan gula pasir @ gula castor- (kakpb guna sekeping gula melaka + gula pasir)
1 penutup sodabikarbonat (1 sudu makan)
1 sudu kecik baking powder
3 cawan tepung gandum (kakpb guna 2 cwn tepung)
1 sudu besar susu tepung
1/2 sudu kecik garam

Gaulkan pisang lenyek dengan gula dan garam.
Cara kakpb, ayak baking powder, soda bikabonat, susu tepung bersama dengan tepong.
Masukkan kedalam adunan pisang. Gaul rata.
Kakpb guna jari saja ketika masukkan adunan dalam minyak, cantik jadinya, bulat comel.
Goreng dalam minyak yang sederhana panas. Api kecil sahaja.
Nampak garing, boleh di angkat.

Adoi, kalaulah emak baca ni, mesti dia komen. Goreng cekodok pun nak di ajar?

14 ulasan:

  1. Bulat-bulat macam guli cantik dipandang dan pastinya senang nak masuk mulut kan zana..

    BalasPadam
  2. Seronok kakcik tengok kegebuan cekodok itu. :)

    BalasPadam
  3. Campurkan sedikt kelapa parut yang muda tu sedap juga tauu...

    BalasPadam
  4. sedapnye. buat terliur je pagi pagi ni. anak anak saya suka bawa bekal kalau buat cekodok nih..

    BalasPadam
  5. kalau makan ni tak sedar habih sepinggan kan:)

    BalasPadam
  6. Slm kak...dah lama tak mkn cekodok pisang kembung ni...

    BalasPadam
  7. banyak gak bahan2nya nak bagi kembung ye...saya buat simple je kak...buh pisang,air,gula dan tepung....bolehlah...

    BalasPadam
  8. Lama sungguh akak tak buat cekodok ni.

    BalasPadam
  9. selalu buat cengkodok mesti kemek2...huhu...nnt leh try resepi zana ni...hehe

    BalasPadam
  10. berwajah baru dapur akak ... baru perasan,kita dah lama tak buat ckodok...tgh tunggu pisang awak kita 3 tandan sedang mengalami proses matang di pokok...

    BalasPadam
  11. sedapnye panas-panas bedal cikodok...

    BalasPadam
  12. Kak...

    Saya buat cengkodoq tak pernah jadi bulat... :'(

    BalasPadam
  13. cantek bulat je..kena byk kn tpg lah kn..kite punya versi cekodok x pakai air..buh semua skligus bhn2.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)