my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tomyam Thai Ikan Yu


Ikan yu lagi.......kakpb taknak masak macam hari tu. Goreng pun dah bosan. Belasah je la buat tomyam, ingatkan pes tomyam ada lagi dalam peti. Rupa-rupanya habis juga. Alternatif lain, buat pes sendiri ikut mana bahan yang ada saja.

Resipi dah pernah buat ikut MyKitchen Anymz tapi rasanya kakpb lupa nak letak dalam blog. Kakpb ni kalau tulis blog lepas tu labelnya kekadang ikut suka hati je. Kemudian sendiri yang susah nak cari balik...:)

TOMYAM THAI IKAN YU
oleh: @blogsurirumah
sumber: Anymz

6 ulas bawang merah*
2 biji cili merah*
7 biji cili kering (ikut kepedasan masing2)*
1 in lengkuas*
2 batang serai*
1 sudu besar udang kering*
4 helai daun limau purut*
1 in belacan di bakar
air asam jawa.gula dan garam

Cara

Semua bahan di atas di kisar
Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar.
Masukkan air asam jawa,garam dan gula.
Masaklah sehingga menjadi pes
 
*Untuk sup tomyam ikutlah apa yang kita nak masukkan.(kakpb tak masuk sayur2an sebab si bujang tu tak suka sayur dalam tomyam)
 
Bawang merah besar di belah2.
Bawang putih 2 ulas, di ketuk
1 batang serai, di ketuk
1 kiub stok ayam
3/4 btg cili padi, diketuk
Daun limau purut
Perahan air limau nipis (kakpb guna limau kasturi pun ok)
2 sudu besar susu cair
1 biji tomato buah
garam
(kakpb jarang guna lengkuas dalam masakan sb selalu takde stok)
Dah siap kuah, akhir sekali kakpb masukkan ikan yu.
Pes tomyam tu jangan lupa masukkan, nanti jadi masak singgang pulak haha...
Tak perlu lama sebab ikan ni agak lembut.
 

10 ulasan:

  1. Kakak ingat nak carilah ikan Yu macam zana. Belum pernah mencuba tau. Tengok Zana buat macam-macam dari ikan Yu teringin pulak.

    BalasPadam
  2. mesti sedap ikan yu ni, dah dua kali rasanya Kak Zana masak.. masak tomyam tu mabeles jugak!

    BalasPadam
  3. xnah cuba msk tomyam pakai ikan yu..rasa dia mcm ikan pari gak eh

    BalasPadam
  4. Kak, sedap ke ikan yu? Mcm ne tekstur die eh? Org kate, berlendir. Betul ke kak?

    BalasPadam
  5. ooo.. boleh ye ikan yu dimasak tomyam.. tak pernah try lagi...

    BalasPadam
  6. Felina tu utk buang selulit lemak lemak di badan. Boleh sapu di bahagian yg berlemak

    BalasPadam
  7. Ikan Yu masak tomyam? Wahhh sedap juga ya? Harus cuba.

    BalasPadam
  8. alamakk ada org merajuk la.. dtg nk pujuk boley tak? hihihihi..... akak nihhh buat org mengidam ikan yu taw.., mana nk cari? klu terjun laut bukan org yg mengidam yu tp yu yg mengidam nk mkn org ! hehehee

    BalasPadam
  9. jgn lupa nnti try masak kari pulak ye..sedap tau!

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)