Maaf ye NURUL, akak lambat sikit buat assignment ni......hehe....surirumah pun ada assignment tau. Nurul dari blog Dari Hujung Jari yang bagi award ni.
Pb ni takde la versatile sangat, bagaimana pun pb berterima kasih pada teman yang memberinya. Ada tugasan juga nampak tu....
. Thank & link back the person who gave you this award
(Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)
2. Share 7 things about yourself on the post
(Kongsi 7 perkara mengenai anda)
3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it.
(Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak)
4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award.
(Hubungi semua yang menerima)
7 perkara tentang pb
1. Asal dari Johor, keluarga di Selangor dan sekarang merantau kat Sabah.
2. Pendiam, anak ke 4 dari 5 beradik satu bapa dan 5 lagi bapa lain. Ramai kan?
3. Surirumah sepenuh masa. Dulu pernah berkerja, berhenti setelah berumahtangga.
4. Suka mencuba resipi dari blog teman2, bagi jiran2 kalau banyak sebab kami bertiga saje.
5. Peminat kucing dan binatang lain juga tapi kucing la paling disayangi. Balik rumah kakak, mesti ambil foto kucing2 dia.
6. Sukakan pemandangan, tak suka tempat yang sesak seperti pasar malam/seumpamanya. Tapi mustahil la kan kalau tak pernah pergi. Masa bujang dulu duit banyak dihabiskan dengan bercuti di pulau atau ikut rombongan melancong.
7. Kekadang out spoken juga, maklum la......perempuan...
Kerja nombor 3 tu macam susah je pb nak cari 15 orang. Kalau tak buat, takpe kan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)