Dah beberapa kali tertangguh nak buat pizza yang pb terpandang kat blog Dari Dapur MaDiHa. Tapi dia punya pizza cantik, tebal dan terlior tengok. Pb punya tak banyak bahan sebab anak taknak makan bawang yang dipotong, melainkan di kisar. Sayur seperti kacang peas, jagung, carrot pun susah nak telan. Tapi kalau benda tu diblend halus, boleh makan pulak. Dah macam budak kecik. Masa kecik2 dulu taknak makan makanan yang dikisar, dah besar ni terbalik pulak keadaannya.
Copy paste dari blog MaDiHa, halalkan ye....
Upside Down Pizza
(loyang 9 x 9 inci)
sumber : Tun Telani
Dough
2 bj telur
1 cwn susu
1 cwn tepung
1 sb minyak
1/2 sk garam
- gaul sebati (guna mixer) semua bahan. yg ni just gaul2 jerr :D
- sedia utk diguna
Filling
1 keping dada ayam- kerat2
4 sosej/hotdog- kerat2
1/2 tin cendawan butang- hiris
1/2 bawang besar- dadu
3 ulas bawang putih- hiris halus
1 sb cili boh
2 sb tomato puree
1 sb oregano
1 sk paprika
garam
- tumis bawang besar dan bawang putih sampai layu
- masukkan cili boh dan tumis lagi
- masukkan ayam dan tumis sampai ayam masak
- masukkan sosej, cendawan, dan tomato puree. masak kejap.
- gaulkan oregano dan paprika, perasakan garam
Keju secukupnya
Cara2:
* Panaskan oven 180 degree.
* Letakkan filling dlm loyang.
* Tabur cheese atas filling.
* Curahkan adunan 'dough' kat atas. (MaDiHaA tabur cheese selapis lagi atas doh)
* Bakar selama 25 minit, hingga keperangan.
* Biarkan selama 5 minit sblm potong dan hidang.
Filling yang pb guna cuma cili boh, garam, bawang putih, keju dan sosej sahaja. Kesian kan pizza tu? tak cukup zat je rupanya.......nak buat macam mana, tuan rumah tak mampu nak mengadakan (malas nak pi beli daa...oregano dgn paprika tu asyik lupa je kalau dah mata melilau tengok benda lain)
Apa2 pun anak tetap suka, menambah2 dia makan. Ye la.....kalau tak makan kang, ibu dia membebel pulak. Dah susah payah buat.
Kali ni pb rasa pizza paling senang dalam hidup membuatnya......hehe....boleh buat lagi tapi versi 'ibu dan ayah' pulak!
macam tak garing kan? tapi dah ok tu.....cuma tak berkilat atasnya.....
Assallamualaikum kak Zana..
BalasPadamHihihi..tekak kita ni kekadang ngada2 jugak kan.. Yang dulu tak nak, skrg nak pulak.. Yg dulu suka,skrg tak suka..hehehe.. Tak pe lah kak. Yg penting kita sihat..
Pizza ni Naz tgk pemes betul. Tapi naz tak terbuat2 lg..
salam kak zana..resepi ni mmg sangat mudah tuk buat pizza.atie copy resepi ya..makasih kak.
BalasPadampizza ni simple..ada org boleh terima, ada org tak leh terima kan.. kalau sebut pizza mesti nak mcm roti. hehe..
BalasPadamada lagi ke piza tu kak zana. nak sikitt