my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Harian Metro "Suami Hilang', saudara ku..

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Tak sangka, petang semalam pb dapat call dari kakak. Tanya, baca tak Harian Metro. Pb cakap, baca tapi tak 'khatam' sebab sibuk siapkan tempahan kuih karipap kawan dari Tawau.

Katanya saudara pb yang di Seremban kehilangan suami dia. Pb dah lama tak jumpa dia, kali terakhir pun tak ingat bila. Mungkin dah dekat 10 tahun kot tak jumpa. Ni berita yang pb copy paste dari Harian Metro

REMBAU: Satu keluarga dari Taman Chembong Jaya di sini, mendakwa buntu dan gelisah berikutan kehilangan misteri ketua keluarga mereka sejak beberapa hari lalu yang masih belum terungkai hingga kini.
Keadaan itu lebih dirasai Fadhilun Md Shah, 49, yang bimbangkan keselamatan suaminya, Hamzah Abdul Majid, 55, selepas keluar dari rumah mereka sejak Selasa lalu.

Menurutnya, bapa kepada lima anak itu dilihat keluar dengan memandu Proton Wira Aeroback hitam bernombor pendaftaran NBR 5572, kira-kira jam 8.30 malam.
“Anak bongsu kami sempat bertemu ayahnya yang memakai baju-T biru, seluar trek dan berselipar. Pada waktu itu, saya tiada di rumah kerana keluar mengajar di Rumah Kanak-Kanak Rembau.

“Tiada pergaduhan atau pertelingkahan antara kami, apatah lagi dia sememangnya pendiam dan tidak suka berkongsi masalah.

“Suami yang dikahwini sejak 35 tahun lalu biasanya keluar berjumpa rakan pada waktu malam dan pulang sebelum jam 12 tengah malam,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.

Katanya, ketika terjaga dari tidur pada jam 3 pagi, dia pelik apabila mendapati suaminya belum pulang dan cuba menghubunginya, namun tiada jawapan.

“Selepas lebih 24 jam, suami masih tidak pulang ke rumah menyebabkan saya meminta anak membuat laporan polis,” katanya.
Fadhilun berkata, mereka sekeluarga berusaha mencari suaminya yang dipercayai pergi mengutip hutang daripada rakannya di Alor Gajah, Melaka.

“Selain itu, rakan mendakwa ternampak suami di lampu isyarat di pekan Rembau. “Ketika itu, orang lain memandu manakala suami berada di tempat duduk belakang,” katanya yang kini hanya mampu berserah dan melakukan solat hajat.

Menurutnya, dia berharap tiada sebarang perkara buruk berlaku dan suaminya pulang dalam keadaan selamat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Mizan Md Dom mengesahkan menerima laporan berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Hamzah diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Rembau di talian 06-6852222 atau balai polis berhampiran.

Pb turut simpati dengan masalah saudara pb ni dan berdoa moga2 suami dia dalam keadaan selamat. Harap tiada apa2 kejadian yang tidak diingini berlaku.

Selalu pb ingatkan hubby kalau keluar malam2 dengan kawan, berhati-hati, kunci pintu kereta dan jangan cari masalah dengan orang yang tidak dikenali.

nota pb: hanya boleh berdoa dari jauh....

2 ulasan:

  1. risau bila letakkan diri kat isterinya tu. mmg mcm2 boleh dipikirkan. semoga doa2 org yg disayangi dimakbulkan Allah..

    saya juge mengharapkan yg terbaik...

    BalasPadam
  2. Ya Allah! Sejak 2-3 hari nie, ade sajeperkhabaran buruk berlaki di antara kita. Seram sy dibuatnya.

    Semoga tidaklah berlaku kejadian yg tidak diingini. Ya Allah, lindungilah kami semua!

    =(

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)