my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Three Musketeers, I like

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...


Dah tengok cerita ni? Kami pergi hari Sabtu (masa birthday pb) tanpa di rancang. Takde apa nak buat, baik tengok wayang. Hubby dan adiknya kalau tengok wayang, taknak cerita Melayu. Dia kata rugi, bukan apa........kalau kat panggung cerita omputih lagi best dengan sound sistemnya yang kuat. Maaf la pada peminat cerita Melayu, kita orang tengok juga, tapi tak selalu. Lagi pun sekarang banyak cerita pasal hantu kan? Anak pb alergi dengan bab2 hantu ni.....

Hero filem ni semua 'hensem' pada pb, termasuk si Athos, Aramis dan Porthos. Anak muda yang pegang watak D'Artagnan tu, lagi la......Logan Lerman
Akan ditunggu jika ada sambungannya nanti......

haa...mamat ni, Orlando Bloom pun best, walaupun watak jahat..

Paling menarik watak Milady yang dilakonkan oleh Milla Jovovich, terbaiklah!! Kekadang kita ingatkan dia baik, rupanya ada udang disebaliknya. Tapi akhirnya, dia ada juga berkorban untuk salah seorang 3 musketeers yang dicintainya.

nota pb: ada jugak org tertidur masa tengok wayang, memang kaki tidur dia tu...

4 ulasan:

  1. wah..cikgu blanja zana tengok wayang ekk!romantik tu..:)

    BalasPadam
  2. tak dpt terima kenyataan sebab Orlando bloom watak jahat..hahhaa..sanggup beli tiket wayang lain..

    BalasPadam
  3. kak yon, saje je...takde apa nak buat.

    BalasPadam
  4. oli-go, oh..peminat Orlando la ni?

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)