Assalammualaikum semua, kali ni pb ringkas je update blog. Letih layan teman yang datang dari Selangor. Hari ni dia dah balik, lepas bawa dia jalan ke Gaya Street, puas la hati dia tu.......
Ok, kek ni pb ambil resipi dari teman2 blogger yang dah selalu buat. Biasanya pb panggil kek ni, kek sarang semut. Resipi dari Home Sweet Home (kak Ummi). Senang dan sedap, lembut.....rasa tak cukup satu adunan. Lepas ni nak buat lagi...terima kasih pada penyumbang resipi ini.
KEK GULA HANGUS
- 1 cawan gula
- 1 cawan air panas
- 1 cawan tepung gandum
- 1 cawan susu pekat manis
- 2 camca teh soda bikarbonat
- 4 biji telor
- 2 camca besar mentega
1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus. Masukkan air panas dan kacau hingga cair. (hati-hati semasa memasukkan air, kena gula akan meletup2). Kemudian masukkan mentega, kacau dan sejukkan.
2. Pukul 4 biji telor sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat manis dan kacau sebati.
3. Kemudian ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan telor tadi. Akhir sekali masukkan gula hangus tadi. Kacau rata. Tuang adunan dalam loyang 7″x7″ dan perap adunan selama 3 – 4 jam.
4. Panaskan ketuhar dengan suhu sederhana 160 – 180 C dan bakar selama 45 minit ke 1 jam.
Jenuh mencari loyang berukuran 7x7, yang ada cuma loyang yang berlubang tengah tu.......meleleh adunan kek keluar dari loyang sebab pb tak letak kertas dengan betul. Lepas ni kena cuci oven....huhu....
baru hari jumaat lepas buat kek ni...memang sedap kek gula hangus. makan banyak2 pon tak muak...
BalasPadamSedapnyer.......
BalasPadammana nak beli yer. teringin nk makan.
aslmkm..salam ziarah tgk kek
BalasPadamnuwairani....mmg tak muak, dah habis dah kat rumah ni.
BalasPadamNormahLiza....kat sana takde ke? ala...buat je, bukan susah pun.
BalasPadamAnna Qawina...wslm, akak dah follow tu.
BalasPadamteringat dulu,masa mengandung anak no4 mengidam nak makan kek ni, nasib baik ada kwn pandai buatkan
BalasPadamct N honey...senang je buat kek ni, cuma nak memerap tu yg leceh.
BalasPadam