my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Roti Sosej Goreng

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Roti sosej goreng ni pb buat semalam petang, plan mengejut nak pergi mandi laut. Anak pb dah beberapa kali ajak mandi manda tapi ibu dan ayah dia buat dek je. Terlanjur cuaca elok semalam dan exam hujung tahun dah selesai, boleh la bersuka ria.

Kami pergi bawa roti sosej ni dengan ice lemon tea sebotol, tikar untuk melepak, surat khabar yang belum habis baca dan sebungkus makanan ringan. Tak sampai 2 jam disana, awan mula tampak gelap. Rupanya disebelah kawasan rumah pb dah pun hujan. Nasib baik sempat juga si Aziz mandi.


Senang je.......

Sosej 4 batang
Roti keping 4 keping
Telor 2 biji
Bread crumb secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Letakkan sosej diatas roti keping dan gulung/balut. Lekatkan dengan air atau apa2 je, asal lekat.
Salutkan roti tadi dengan telor yang telah dihancurkan.
Golek atas bread crumb.
Goreng dalam minyak yang sederhana panas.
Angkat bila keperangan.


Sekali sekala sedap juga makan macam ni. Sebenarnya pb tak berapa makan sosej sangat kalau 'togel' begitu.

15 ulasan:

  1. Menariknya roti sosej tu! Mak sy dulu selalu bt roti sosej nie kak. Tp die tak celup dgn telur. Dia celup dgn tepung beras. Sedap!

    BalasPadam
  2. salam zana...anak2 liza mmg suka sgt roti sosej ni..kalau buat cik hubby pun sama naik makan...hihihi

    BalasPadam
  3. anak saya memang tak suka sosej tapi saya lak yang tergila-gilakannya mengalahkan budak2

    BalasPadam
  4. Assalam, K zana...
    Nurul pun dah brp kali buat roti sosej camni... ptg semalam pun buat lagi... Orang kat rumah berkenan sungguh...:)

    BalasPadam
  5. amboi... tgok gmbar pun sedap aih..

    BalasPadam
  6. kesian budak2 dpt mandi sekejap je..takpe nanti bila cuaca dah ok ajak lagi mandi sampai puas2...

    ucu semalam mandi jugak..tpi mandi air hujan..tengah syok2 tanam bunga hujan turun lebat..apalagi ambik peluanglah, dah lama tak main hujan...best sangat, nasibbaik tak deman..

    BalasPadam
  7. salam singgah

    selal bekalkan anak2 ke sekolah..
    sedapnya..

    dah follow jom follow back
    qhaifanurin.blogspot.com

    BalasPadam
  8. kalau anak2 Alin kat..diorg makan hotdog tu jek

    BalasPadam
  9. haha.. feveret jugak ni.. kdg2 beli mkn sarapan..

    BalasPadam
  10. Fara...oh ye, boleh gak tukar selera mcm mak fara tu.

    BalasPadam
  11. wslm Liza....org lelaki semuanya bedal je.

    BalasPadam
  12. Ucu Faridah....jadi bebudak sekali sekala best kan? takde org tua nak marah....hehe..

    BalasPadam
  13. Nurul...wslm, kita buat je, mkn tak berapa sgt.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)