my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Mi Siam

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Mi siam........lama betul tak dengar dan makan mi ni. Masa kecil dulu (kat Johor) selalu jumpa, sedap bila nak makan curah kuah tauco.

Kali ni pb beranikan diri buat mi hoon siam berpandukan buku masak CITARASA MALAYSIA....yang kat gambar tu, silap tertulis mi hoon siam pulak.

Hubby kata sedap sekali sekala masak macam ni, lain kali boleh buat lagi.

MI SIAM

Bahan2nya:

1 bungkus mi hoon
160 gm udang kering
4 ulas bawang putih
10 biji bawang merah
300 gm kerang (rebus)
sedikit halia
10 biji lada merah
1 camca besar taucu
300 gm udang basah
125 gm kucai (tak letak sebab takde)
300 gm taugeh
limau kasturi beberapa biji
sedikit belacan dan garam

Cara menyediakannya:

Rendam mi hoon dengan air hingga lembut.
Bersihkan udang dan kerang dibuang kulit.
Taugeh buang ekornya dan kucai di potong seperti biasa.

Tumbuk udang kering, bawang putih, bawang merah, belacan, halia dan lada merah hingga lumat.
Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan tumbuk hingga naik baunya.
Masukkan taucu dan udang, biarkan hingga udang masak. Masukkan kerang dan sedikit air supaya tidak kering sangat.
Bila dah naik bau, masukkan mi hoon dan garam.
Gaul selalu hingga lembut baru masukkan kucai dan taugeh.
Bila telah masak perahkan sedikit air limau kasturi dan digaul rata.
Angkat dan hidangkan.
(pb buat tak sampai sebungkus pun jadi pandai2 la ubah sukatan resipi tu)




Cubalah........gerenti sodap!!

6 ulasan:

  1. salam kenal..Liza follow yer..jemput singgah blog Liza pulak yer..

    BalasPadam
  2. Assallamualaikum kak zana..
    Kak, mee siam cam ni la yg naz pernah makan dulu.. Ada letak taucu dlmnya dan warna pun cam tu jugaklah.. Sedap juga..

    BalasPadam
  3. Liza, terima kasih ye...dah pergi n follow sekali.

    BalasPadam
  4. Naz...susah kan nak jumpa org buat mi siam? kita buat sendiri je..

    BalasPadam
  5. wow terliur tgk ni... kang ada masa saya nak terai gak lah...

    BalasPadam
  6. hyz...cubalah, insyaAllah sedap ni..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)