Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
Selamat menyambut Deepavali......wah...cuti sakan ye? Apa projek hari ni? Pb belum plan lagi. Kalau tak kemana2, ingat nak tukar langsir rumah, dah nampak 'gelap' je tu. Atau nak alih almari dalam bilik, kasi ubah sikit, bosan ah......atau...nak buat kek gula hangus...atau....pergi window shoppinggggg...hehe...
Kejap lagi kan, mesti ada 'sesuatu' yang memanggil kat pintu dapur rumah. Tiap2 hari kalau pb ke dapur je, adalah suara dia. Kalau tak di layan, sampai serak2. Kekadang tu buat tak tau je, iye la.....dah bagi betis, nak peha pulak. Sudah la 'pendatang', tak tau la haram ke halal....hehe...
Dulu2 sebelum ni pb takde susah2 kena beli ikan kat pasar. Dulu2 takde pun pinggan kat belakang rumah. Dulu2 tak de beli whiskas atau seumpamanya. Tapi sekarang, dah macam tanggung jawab pb pulak, pagi, tengahari dan petang. Tidur pun dalam bakul yang pb letak kat luar tu. Jangan 'melepas' atas lantai rumah, sudah. Memang nak kena hambat dengan pb.
Tapi bila dia mengiau sampai serak2 suara, pb tak sampai hati pulak. Dia ni tau diri atau sedar diri. Dia tak pernah mengiau kat pintu depan sekali pun dia lalu lalang pergi rumah orang lain, dia takkan masuk rumah pb melalui pintu depan.
Pernah sekali (mungkin sebab takde respon dari pintu belakang) dia datang dari depan dan kami 'pelawa' makan, suruh dia lalu dari depan......selangkah pun dia taknak masuk....dia teragak2, sampaikan pb kena angkat dia. Padahal pb tak pernah pukul dia, kenapa dia takut? Mungkin sebab dia dah biasa hidup merempat, lama tak merasa hidup berumah. Kesian dia.......
Sekarang ni dah jadi tanggungjawab pb belikan makanan dia. Adakala terasa mencari beban pula. Adakala susah hati nak meninggalkan dia sekiranya kami cuti balik kampung. Simpati dan sayang pada makhluk Allah yang terbiar, mudah2an mendapat ganjaran di akhir nanti.
pernah bela kucing, dan sayang kucing...tapi sekarang tak nak bela lagi atas pelbagai alasan...hmmm...
BalasPadamsalam kenal, jumpa di kelab tadi. jemput singgah www.kisah-dan-kasih.blogspot.com
Faz...terima kasih sudi dtg blog saya, sama kelab kita ni ye..
BalasPadam