Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
Ini sarapan pagi semalam tapi tak sempat nak update malam tadi, asyik betul menonton MasterChef sampaikan ketepi aktiviti pb, berblog dan facebook. Banyak juga perkara boleh belajar dari situ dan boleh dipraktikkan dirumah kita.
Ok, bubur ni asalnya bubur harisa (seperti dalam buku tu, Citarasa Malaysia). Tapi disebabkan takde daging dan malas nak tunggu cik ayam keluar dari peti, pb gunakan sotong sebagai ganti. Mulanya was-was juga nak buat tapi kalau tengok Masterchef tu, dalam beberapa minit je mereka dah ada idea nak buat apa. Ni buku dah depan mata pun masih teragak2 nak buat.
Bubur ni untuk sarapan pagi dan mungkin sesuai untuk orang 'sakit' kot. Resipi seperti dalam buku dah diubah sedikit.
1/2 gelas beras dijadikan bubur
2 biji telor
2 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
sedikit rempah kari
Sotong/ayam/daging (dipotong ikut suka)
1 cawan santan pekat
Setelah nasi menjadi bubur, masukkan santan dan daging/ayam/sotong.
Dalam kuali lain, tumis bawang putih, bawang besar yang dah di racik (potong dadu je) dan rempah kari.
Kemudian setelah masak, masukkan dalam bubur tadi.
Biarkan hingga masak, kacau rata dan perasakan garam. Siap.
Telor tadi dibuat dadar dan potong memanjang.
Letakkan diatas bubur telor tu bersama ikan bilis goreng dengan lada hijau dan bawang besar. Pb tambah juga dengan timun di racik halus. Sedia di makan.
sedap jugak pagi2 makan bubur..
BalasPadamsalam pb..mkn bubur pagi2 mmg mnegenyangkan....sukaaaa..jemput ziarah dapur liza yer..
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamSdpnya. Mst berlemak sbb ada santan. Sy pnh mkn bubur bersantan nie ms kecik2. Tapi lupa kat mana. Mmg sdp sgt! Akak bt sy teringin sgt nak mkn bubur mcm nie. Hiks~
BalasPadam