my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tandatangan Sami Hyypia - legenda Liverpool

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Apahal pulak tetiba update pasal bola, Sami Hyypia ni siapa? Alah....legenda Liverpool tuuu! Haha....pb memang tak kenal dengan si Sami ni, orang mana, bangsa apa dan lain2.

foto ehsan dari google dan kalau nak baca lebih lanjut pasal si Sami ni boleh tengok SINI

Apa yang pb tau dia berusia dalam 30an dan pemain Liverpool yang terbaik juga dulunya. Tapi yang pb nak cerita ni bukan la pasal latar belakang si Sami ni.

Gini, anak pb balik sekolah minggu lepas dengan comot koreng baju dan seluar sukannya. Pb pun heran, pergi sekolah berlatih sukan ke......pergi memancing ni? ke main lumpur?

"Aunty (driver bas sekolah) bawak pergi tepi pantai Tg Aru sementara tunggu budak2 yang tasmik. Lepas tu, Aziz terjumpa dengan legenda bolasepak Liverpool kat situ (si Sami ni ler....). Mintak sign dia dan dia bagi keychain Liverpool"

"Biar betul Aziz ni......takkan la si Sami tu ada kat Sabah?". Pb gelak2 je masa dia cerita dengan muka serius.

"Betul la ibu, ramai orang datang minta sain autograf dengan dia. Aziz kenal la dia tu Sami, walaupun dia dah jadi legenda, Aziz kenal tau!!"

"Mana bukti tandatangan dia?"

"Ni haaa.....Aziz takde kertas masa tu, Aziz suruh dia sain kat sini......"

"Haha...haha.....kertas ciput ni?"


Kertas seciput ni disimpan dalam plastik dan ditampal pada white board dalam biliknya. Entahlah, nak percaya atau tidak. Mungkin juga Sami datang bercuti masa tu.......atau mungkin ada pelandok dua serupa?

nota pb: anak2 sekarang semuanya kenal.......

3 ulasan:

  1. hehehe.. kesiannya, knp tak suruh sign kat baju jer, huhu... saya pun tak kenal siapa Sami Hyypia ni, hehe

    BalasPadam
  2. singgahbalas juga dcni..singgah2lah selalu ya..:)

    BalasPadam
  3. Sari..alah, bebudak ni bukannya fikir mcm kita, ambik mana yg sempat je.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)