my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ulangtahun ku, nak beri hadiah siapa dapat teka....

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Shukur alhamdulillah, dipanjangkan lagi usia pb di samping suami dan anak yang di kasihi. 15hb October, 19..... pb di lahirkan oleh seorang 'malaikat' yang cukup sabar dan tabah. Walau dalam kesempitan hidup, dalam keadaan berbadan dua, masih mengangkat air dari perigi. Ketika itulah katanya, pb di lahirkan. Allah menyelamatkan 'malaikat' itu dan anaknya kerana dia telah berkorban mengandungkan selama 9 bulan didalam perutnya.

'Malaikat' yang pb maksudkan adalah ibu pb.

'Emak' terima kasih kerana telah melahirkan ku.
Walau hanya 2 tahun aku dapat merasa kasih ayah, tak apa mak.
Emak kan ada? walau tidak semua kisah duka ku dapat ku kongsi bersama mu.
Kerana tidak mahu merunsingkan fikiran mu.

Mungkin 'Emak' sudah lupa tarikh lahir ku.
Tiada ucapan dari mu......
Apa yang penting bagi ku
Aku bangga dilahirkan dari rahim mu....


Oh ye, pada teman2 yang jadi follower pb atau tidak, pb ingat nak bagi hadiah sempena hari lahir pb ini. Nak hadiah, kena la jawab teka teki kan?

Hadiah apa? ermmm.....minyak wangi nak? satu kotak tau.....
Soalannya?

CUBA TEKA, APA HADIAH HARI JADI PB tahun ni?
Jawab, jangan tak jawab.
Pb bagi masa hingga hujung bulan October ni je!!

6 ulasan:

  1. dpt pelukan dan ucapan slmt hari jadi dr ibu!! :D

    BalasPadam
  2. hapy birthday sis...moga sihat selalu, ceria gembira dan dipermudahkan segala urusan..amin....

    hadiah birthday? apa ye...susahnya nak pk kak...diamond ring ke...oven besor...eermmmm iphone....eeeeiii tak tahulah sis..

    BalasPadam
  3. E-na...ish, mahal beno tu. terima kasih ucapan tu, moga semuanya berhasil, amin.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)