my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Menyesal atau membazir?

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Pernah rasa menyesal setelah mendapat barangan yang kita inginkan? Begitulah pb dan rasanya ramai juga diluar sana menghadapi situasi seperti pb.

Ketika ini Pasaraya Parkson ada jualan murah sempena ulangtahun yang keberapa pb dah lupa. Rambang mata ni, itu nak.....ini pun nak....sana murah, sini offer. Sebelum ni kami pergi cuma survey je, tengok-tengok, belek-belek. Belinya, tidak. Rasa rugi pulak kalau dah nampak harga murah dengan potong 50 dan 70 peratus, takkan nak 'berlalu sambil pergi' je kan?

Kali ke 2 kami pergi lagi, sebab bosan kat rumah, jom la window shopping. Tanpa di rancang, hati dah berkenan pada beg tangan berjenama SB. Harga asal memang tak mampu la nak beli. Bila dah ada potongan harga, murah gila la pulak........

Habis pb keliling area handbag kat situ. Tapi cuma ada dua beg yang pb berkenan (pada hal tak plan pun nak beli sebelum ni). Beli ke tidak.....beli ke tak.....hubby kata ambik je la, takyah fikir lama2, perut dah lapar ni....

Sebenarnya kan, takde la rasa nak sangat handbag tu......tapi....kenapa pb beli jugak eh? Rasa macam menyesal pun ada, rasa membazir pun ada. Handbag yang lain masih elok dan boleh guna lagi. Tapi, dah beli pun......takpelah, boleh guna sampai raya tahun depan.


nota pb: kalau orang berada, buat koleksi je......

9 ulasan:

  1. biasalah zana..perempuan klau nmpk hanbag yg berkenan..pasti rembat punya.,hehe

    BalasPadam
  2. belilah pada yg perlu dan manjadi keperluan kan..
    namun kalau dah beli tu apa boleh buat..tanamkan azam utk pakai sampai lusuh...heee
    alangkan baiknya sekiranya duit yg lebih tu diberikan kemana2 tabung yg sanagt memerlukan kan,,,
    itulah kita..termasuklah teman jugak...
    kita mudah terbabas...

    BalasPadam
  3. Assallamualaikum kak Zana..
    Tak pe kak.. Lain kali mesti lagi beringat bila gi tmpt yg ada sale mcm ni bila dah sekali rasa menyesal tu.. Naz ni buat masa skrg, kalau tgk handbag & kasut tak terliur sgt sbb x brp suka guna handbag dan kasut2 yg tekini.. Tapi kalau masuk tmpt alatan dapur tu, mmg kena beringat2.. hehehee.. Beli apa yg perlu je dan ikut kemampuan.

    BalasPadam
  4. PB jgnlah menyesal. Tak pe, manjakan diri dgn barang baru. Hiks~

    BalasPadam
  5. msred....begitulah kaum perempuan..

    BalasPadam
  6. LB...nasihat yg bagus, terima kasih cikgu.

    BalasPadam
  7. Naz, bahgian dapur pun akak suka jugak, tp tidak sekuat handbag n kasut tarikannya.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)