my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Biskut Snow Almond

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Ketinggalan! Orang dah tak buat biskut raya tapi pb barulah pergi cari bahan kat bakery. Tapi pb nampak, ada juga mak2 orang tengah cari bahan untuk buat kuih. Agaknya nak buat open house kot?

Biskut Snow Almond ni pb makan masa kat rumah kawan mak mertua di Kelantan. Kita orang pergi dah malam, setiap tahun wajib pergi rumah dia. Masa kita orang makan biskut ni, hubby puji2 sedap. Makcik tu kata dah nak habis dah kuih tu. Memang cukup2 untuk kita orang je masa tu. Dapatlah rasa sekeping sorang.

Jadi pb pun bercadang, balik nanti nak buat jugak. Hari tu jalan2 ke blog Cute Oven, Small Kitchen....NAZ dan jumpa biskut ni, terus tak fikir panjang dah, rembat resipi tu....hehe...Terima kasih ye Naz dan mereka2 yang berkaitan memanjangkan resipi ni di blog masing2. Anak pb suka sangat, pagi makan, petang makan, malam pun dia bedal lagi.

Minta izin copy paste resipi ye Naz.

BISKUT SNOW ALMOND
copy paste dari NAZ

Bahan A 
  • 260 gm butter
  • 150 gm gula caster
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 50 gm serbuk badam
Bahan B
  • 300 gm tepung Red Rose (kalau takde ganti tepung gandum pun boleh)
  • 50 gm tepung kastard
  • 50 gm susu tepung
  • 40 gm tepung jagung
Bahan Hiasan
  • Coklat masakan - cairkan cara double boiler
  • Sedikit breadcrumb putih - untuk menyalut
Cara- Cara
  1. Pukul bahan A hingga berkrim
  2. Masukkan bahan B dan uli hingga menjadi doh yg lembut
  3. Canai dan terap dengan acuan yg di sukai
  4. Susun dalam loyang dan bakar pada suhu 140C selama 30 minit atau sehingga masak
  5. Sejukkan biskut atas redai
  6. Celup biskut dalam coklat masakan yg telah di cairkan cara double boiler
  7. Golekkan biskut ke dalam breadcrumb
  8. Simpan biskut dalam bekas kedap udara.
Beza sikit dari Naz, pb buat biskut tu bulat2 sebab malas nak keluarkan barang2 terapan. Duduk depan tv sambil menggentel kuih......hehe.....lepas tu pb dengar budak2 bagi salam. Alamak, tengah berselerak ni ada pula nak datang beraya. Rupanya kawan anak, pb pesan datang esok je ler......hehe...takpe, dia orang tak kisah pun.

Tengok tu, besar gedabak jadinya......

Lembut bila dikunyah, rangup diluar dek bread crumb tu.....


Dapat banyak juga kalau satu adunan, kalau habis boleh buat lagi. Rasanya tak perlu tunggu raya biskut ni, anytime nak makan pb akan buat lagi sebab bahan dia tak susah mana pun. Botol kuih takde dalam simpanan jadi pb terpaksa simpan dulu dalam tupperware.

6 ulasan:

  1. akk beli ker biskut ni.. tak smpt nk buat.. klau buat sndiri tentu puas mkn kan zana..

    BalasPadam
  2. Assallamualaikum kak Zana..
    Kak, aihhh..sekut ni dah abis kat umah Naz.. Nengok akak punya cam rasa nak buat lagi pulak..hehehe.. kak, naz link blog akak ni ke blog Naz eh! Tq kak..

    BalasPadam
  3. lorh mcm ni kuihnya... hari tu raya umah kawan, ingat kuih apa.. kuih yg tradisional yg lembik salut kepala tu. rupanya almond baru erk... hihi malu sendiri..
    singgah n usha iklan.... + dana tabung blog..
    jom singgah n usha iklan ..... $$$

    BalasPadam
  4. masa raya ritu muak kot nk mkn kuih raya..
    dh tggal serdak baru nk kempunan.. hehe..

    BalasPadam
  5. dZana..betul, lagi puas buat sendiri.

    BalasPadam
  6. Naz...terima kasih ye, akak dah lama ada link Naz kat blog.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)