my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

jalan2 pagi minggu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Waktu 5.30 pagi.....
Sembahyang subuh dan kedapur, basuh pinggan lebihan makan malam tadi.
Terfikir, nak kemana hari ni (nak la jalan2 hari minggu kan?)

6.30 pagi.....
Kejut anak yang confirm taknak ikut kalau tak di paksa. Susah anak2 sekarang ni, suka tengok tv, intenet, game, daripada ikut mak bapak. Tau la ikut kita orang ni boring, beli barang dapur......

7.30 pagi.....
Kami tiga beranak dah terpacak kat Gaya Street. Kita orang memang suka pergi awal pagi. Perut belum isi makanan, confirm tak mengah.

Jalan2 jumpa ni.....

 nampak tak tu? pb tak berani dekat2, siapa nak gambar R10, boleh lilit kat badan ke....leher ke....ish...upah beribu pun, memang tak ahhh!!

Jalan punya jalan, nampak kuih denderam dalam peket (tak sempat ambik gambo), tertera di plastik kuih tu dengan tulisan ARDAM......hehe....macam nama orang pulak.

Jumpa lagi satu benda yang pb tak pernah tengok sebelum ni walaupun dah tinggal sini hampir 3 tahun........agak2 tau tak apa ni?


macam sarang burung kan? tapi bukan......


kasi fokus dekat sikit, tau dah kan? ni sayur petola yang dikeringkan......pb tanya, nak buat apa ni?
Cina tu kata, boleh buat sental badan ke, muka ke......halamak ai, habis la kalau sental muka.....calar balar nanti. Kreatif la dia orang ni, semuanya boleh buat duit.

8.30 pagi.......
Kaki dah lemah nak melangkah lebih jauh, maklum la.......badan tambah berat sejak lepas puasa. Sama je dengan hubby, lengoh la......lapar la....haus la.....
Jom ke McDonald!! yeayy!! suka la tu anak pb ayah dia offer mcD.

Sambil jalan ke kereta, singgah gambar kat Hyatt Hotel......


Kata anak, apa kata kita sarapan kat Hotel Hyatt? Amboi? awak tu makan tak banyak mana.......

Selesai aktiviti pagi minggu yang agak membosankan. Tapi terima kasih kat hubby sudi layan kerenah kami dua beranak walaupun dia penat.

5 ulasan:

  1. tak sangka petola dikeringkan boleh buat berus badan..kreatif2..
    dah lama tak pergi k.kinabalu,,ada rezeki nak juga kesana..

    BalasPadam
  2. Empulur buah petula tu ..kalau dulu yg dah tua tu emak buat basuh pinggan serta periuk..
    laa ni jarang dah orang jual benda ni...

    BalasPadam
  3. salam ziarah
    ooo...petola ker..
    pernah gark jumpa and tahu fungsinya..cuma tak tahu di buat dari apa

    BalasPadam
  4. akak pun tak pernah guna petola kering tu..padahal pernah tgk.
    betullah kdg-kdg cikgu pempuan memang suka pilih kasih. kesian dgn anak murid cam anak kamu.
    akak pun mls nak letak shoutbox.entah apa-apa yang diorang jerit.
    belum terlewat nak ucapkan selamat hari raya

    BalasPadam
  5. tengok gambar petola kering tu mmg unik la , bole buat hiasan jgk tu..

    best jln2 hjg minggu bersama family...pCL pon suka cmtu.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)