Assalammualaikum pada semua pembaca blog Surirumah, maaf kerana begitu lama tidak berupdate. Kini dah mula beroperasi dari rumah (Sabah). Tempohari (raya) pb tak bawa laptop jadi agak sukar sikit nak update blog yang bergambar. Laptop memang banyak di kampong hubby, bukan pb punya tapi ipar duai yang punya. Jadi pb malas la nak upload gambar guna laptop orang.
Nak cerita pasal raya, boleh lagi kan? Kita pun masih lagi dalam suasananya. Pb raya kali ni simple2 je......baju baru, kasut baru....hehe....tudung baru, handbag tak dapat yang baru....huhu...tapi takpe, ini pun dah syukur berbanding orang lain yang tak mampu.
Tahun ni pb raya rumah kakak sebab mak pun raya disana. Kakak masak nasi empit dan soto dengan bergedil. Sedapnya.......kami adik beradik memang suka soto yang kakak masak. Laksa Johor pula, emak yang masak. Pb cuma tolong potong timun dan bahan2 lain. Abang ipar pula ada tempah lontong dalam daun pisang. Kali pertama pb makan, memang sedap........bukan senang nak jumpa tapi pb lupa nak snap gambar. Rendang tok pun kakak buat. Kiranya raya tahun ni memang meriah. Kolestrol pun agak meriah juga, berlumba-lumba masuk ke perut. Pb dah sediakan pil untuk buang lemak, adik pb yang sarankan.....hehe...lepas makan benda berminyak, terus telan sebiji.
Ok la, untuk sementara ni layan dulu gambar raya pb ye......
Raya kami kali ni tak sedondon dengan ayahnya sebab dia nak pakai baju tahun2 lepas...
Bonda yang dikasihi.....
di pusara adik lelaki yang meninggal pada 2010
sebahagian dari keluarga pb, saje je ambil gambar candid.......meriah sikit....
Salam kenal & Selamat Hr Raya...
BalasPadamsalam syawal yerr and salam kunjungan pertama kat sini....meriah raya ek..hehe..
BalasPadamselamat hariraya...
BalasPadamGee...selamat hari raya, terima kasih sudi dtg blog akak.
BalasPadamnoornazuha...terima kasih n slmt hari raya.
BalasPadamAkak..selamat hari raya.
BalasPadam