Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
Awak semua biasa minum jamu? Jamu yang ori punya, bukan yang dalam kapsul tu, kalau yang dalam kapsul tu pb pun boleh telan. Pagi ni pb 'terpaksa' minum jamu (perkara yang pb buat ketika zaman remaja dulu). Bayangkanlah.......dah puluh tahun pb tinggalkan minum jamu, kali ni minum sebab makcik tukang urut tu suruh minum.
Satu set RM6 sahaja, berpasangan dengan satu lagi bungkus kecil tu. Lepas urut, makcik tu ajar pb bagaimana membancuhnya. Dia perah limau kasturi sebiji. Mula2 ingat nak minum malam tapi sebab dia dah bancuhkan, pb minum terus bila sampai kat rumah. Rasanya? Boleh tahan la..........bukan boleh tahan sedap, mana ada jamu yang sedap kan? Rasa pedas, masam dan manis sebab ada campuran madu. Nasib baik ada madu........
Katanya urat pb ni masuk angin. Tu yang sakit bawah pelipat kaki, sembahyang pun duduk atas kerusi. Tak khusyuk betul la sembahyang duduk. Dia suruh minum 3 hari berturut2 dan selepas baik boleh amalkan seminggu sekali. InsyaAllah pb akan cuba konsisten minum jamu ni. Tengok makcik tu umur dah 60 tahun tapi masih tegap berjalan sana sini urut orang. Satu hari sampai 4 orang di urutnya. Bukan urut sikit2, urut orang bersalin faham2 je la. Masih boleh bercucuk tanam lagi.
Harap2 selepas ni pb akan bertambah sihat di samping mengamalkan doa selepas solat. Susah juga kalau sakit kaki ni, pergerakan semua terbatas. Semalam pb asyik melepak je.........naik bosan...
nota pb : pagi tadi masa mandi, jatuh dlm bilik air pulak......huhu...dugaan betul!
Cian kak zana.. semoga cepat sihat.. saya pon penah mkn jamu yg mcm tu.. hehehe rasa pahit, pedas.. errkkk..! hehehe tp terpaksalah telan gak sbb nak sihat kan.. skrg ni saya baru amalkan jamu kapsul serapat bonda.. dah abis sebotol.. serasi gak dgn saya.. sakit2 bdn pun berkurangan.. Alhamdulillah..
BalasPadamtu la kan? dah sakit baru nak amalkan...hehe..
BalasPadamMaaakkk! Sy tak sgp nak makan jamu mcm yg pb makan tu! Klu jenis kapsul tu boleh le....Tidaklah saya!
BalasPadamsalam K.Zana...best makan madu nie.Biasa atie makan ngan madu(tue pon klu ada stok kt umah:)).Tak pon bancuh ngan air suam terus minum.MIL atie mmg buat jamu...tuk mennatu2 ada la di berinya.
BalasPadamjamu ni elok tuk badan kita yg dh byk urat putus masa bersalin dulu.
Semoga k.zana cepat sembuh.
jatuh bilik air?ya Allah!...ok tak....ada yg trseliuh ker?klu ada g urut lg.take care...
kalo atok, bulih tak makan jamu?
BalasPadam~pengsan
Mommy...tp yg ni ok tau, ada rasa pedas2 manis gitu. Kena minum cepat2, kalau tak....terbeluek jugak la..
BalasPadamAtie...lps jatuh tak sakit, esoknya baru terasa. Terima kasih Atie ye, insyaAllah takde apa2 kot..
BalasPadamSuhaimi (atok yg bukan atok), lelaki biasanya taknak makan jamu sb lelaki kan umur 40 masih 'gah' lagi?
BalasPadam