my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

NASI DAGANG GULAI IKAN TONGKOL

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Suka nasi dagang? Mungkin setengah orang kata makanan ni menggemukkan. Tapi pb suka sangat nasi dagang. Masa kerja kat Trengganu dulu, hari-hari sarapan nasi dagang. Nasi dagang Trengganu memang tak boleh lawan dengan negeri lain.

Kerana terlalu suka, pb sanggup belajar sebab kat sini susah nak jumpa yang menepati selera pb. Ada tu ada tapi macam tak sempurna pula.

Tak mau membebel jauh sebab pb sedang menanti kedatangan kakak tercinta malam ni. Tak sabar nak jumpa, banyak yang nak di kongsi bersama.

Resipi nasi dagang ni dari MAMADZIE69 di myresipi. Pb buat tak ikut sukatan dia sebab makan untuk 3 orang je. Ada yang diubah sedikit. Bagaimana pun memang sedap gila la, hubby bagi 5 bintang der!! Lepas ni pb akan cuba lagi hingga betul2 mahir dan boleh masak kat rumah mertua nanti. InsyaAllah....

Untuk resipi asal, boleh tengok kat SINI dan pb hanya ubah sukatan dan sedikit bahan sahaja.

NASI DAGANG

Untuk nasi:
2 gelas beras nasi dagang (kat sini pb guna beras dari Bario) dibasuh dan direndam selama 8-9 jam.
Pb rendam dari pukul 9 pagi hingga 3 petang.
3 ulas bawang merah kecil (dimayang)
1/2 inci halia (hiris panjang)
1 gelas lebih santan cair dan 1/2 gelas santan pekat (sukatan ikut banyak mana beras)
Halba (pb tak guna halba, nanti susah nak buang kalau anak nak makan)
sedikit gula
sedikit garam

Cara memasak nasi :
Pb ikut macam resipi asal dari mula hingga penghujungnya pb ubah sedikit.
Beras yang direndam tadi dikukus kosong sehingga masak.
Angkat dari kukusan dan gaul rata dengan santan cair, bawang merah dan halia.
Kukus sekali lagi hingga masak
Untuk yang terakhir kalau dalam resipi asal, nasi tak dimasak, hanya gaul santan pekat dengan gula dan garam sahaja. Pb ubah sedikit, terakhir masukkan santan pekat, gula dan garam, kukus sekali lagi (sekejap je)

Untuk lauk/kuah:

2 ekor ikan tongkol kecil dipotong. Rebus bersama setengah keret nisan, 2 keping asam keping/gelugur dan garam. Simpan air rebusan untuk masak kuah nanti.

1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu besar serbuk kari ikan (gantikan serbuk jintan manis yg takde kat rumah)
1/2 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1 biji bawang besar merah campur dgn 4-5 biji bawang merah kecil
2 sudu besar cili kering yang di mesin
sedikit kerisek
1 keret nisan yang kecil (gula melaka boleh)
1 kulit kayu manis

Cara memasak kuah :
Semua bahan untuk kuah di mesin kecuali kerisik, nisan, santan dan kayu manis.
Masak santan hingga naik minyak sedikit, barulah campur bahan2 yang dikisar tadi, kerisik, nisan dan kulit kayu manis.

Masak dengan api kecil (renehkan), bila santan surut separuh, isi air lagi hingga paras pertama (guna air rebusan ikan tadi).
Kemudian baru letakkan ikan dan ulangi proses seperti di atas sehingga kuah pekat.
Menurut Mamadzie69, lebih lama masak ikan, kuah akan jadi gelap dan tulang ikan reput macam ikan sardin.

Untuk Acar :-

1/2 biji timun buang empulur dan potong memanjang seperti biasa.
1/2 biji lobak merah (potong halus juga)
cili merah dan cili benggala juga (pb tak letak kobis)
Gaul bersama garam, gula dan cuka secukup rasa.


Ok juga beras bario ni walau tak sesedap beras nasi dagang tempat kita. Jika betul caranya, takde la lembik macam kat kedai makan tu.......


Resipi ni memang betul2 sedap kalau ikut caranya. Pb pun bagi 'berbintang-bintang' . Akan disimpan untuk rujukan akan datang. Terima kasih banyak2 pada tuan punya resipi, mana nak cari dia ye? Ada sesiapa tau?

10 ulasan:

  1. kita pun suka sgt mkn nasi dagang ni.. terliurlah tgh2 hari ni, huhu

    BalasPadam
  2. nasi dagang paling best kelate/tganu...

    BalasPadam
  3. Sbnrnya, nasi dagang adalah kegemaran sy! Rindu dgn nasi dagang mak! Tp sy tak suke nasi dagang yg guna beras nasi dagang mcm atas tu. Sy suke nasi dagang yg cmpr pulut/beras wangi. Yummeh!

    BalasPadam
  4. Assalam Zana...
    nasi dagang pun peberet saya jugak.. mesti tak tolak punya..
    raya baru ni.. sempat masak nasi dagang T'ganu (nasi dagang warna putih) 4 kg beras hari raya ke2 kat rumah MIL... gulai pulak.. 5 kg ikan tongkol... kejap jer licin.. hehe...

    BalasPadam
  5. emm sedapnya kak..akak duk Sabah ye? nanti yana gi sana nk singgah umah boleh? hihi...

    BalasPadam
  6. wah! nmpk berlemak btui. x leh nk diet eh (alasan)...eheheh

    BalasPadam
  7. Assalam, k zana...

    Sedapppnya dapat pekena nasi dagang... biarpun bkn org ganu... nurul suka gak nasi dagang...

    * K Zana, nanti sudi2 ler amik award kat blog nurul yer...

    BalasPadam
  8. Sari...meh la rmh akak, 2 pinggan pun boleh..

    BalasPadam
  9. Roslan...ye betul..

    Mommy Fara, akak pun tak suka tp yg kaler putih tu belum pandai buat lagi..

    Madiha...wah, lps ni nak menuntut dgn awak pulak la..

    Maya Mayana...boleh, apa salahnya tp rumah kita buruk..hehe..

    akuzie...takyah dietlah, rugi!

    Suhaimi...belum terbaek lagi da..

    Nurul, wslmm..insyaAllah bila akak free.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)