my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kisah anak, Jamal Abdillah, cikgu

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Semalam anak pb menghadiri majlis raya di sekolah dia. Dengan baju merah bersampin, songkok dan sandle barunya, bersemangat tu nak pergi. Sebabnya dia ada persembahan menyanyi beramai2 satu kelas. Lagu Hail Amir dan Uji Rashid, kalau tak silap Seloka Hari Raya.

Anak pb memang suka menyanyi. Masa tadika dulu dia dah biasa naik pentas. Tapi beramai2, kalau sorang2 rasanya belum pernah lagi. Bagaimanapun dia pernah mengetuai pasukan sukan tadika dia dan membaca ikrar depan orang ramai (padang sekolah). Dia memang sukakan perhatian orang. Harap2 pada perkara tertentu la ye.......jangan esok jadi yang bukan2 pulak.

Katanya Jamal Abdillah ada datang sekolah dia dan menyanyikan 3 buah lagu. Sempat bersalam dengan Jamal. Naik jeles pulak ibu dia. Selama pb kerja dulu pun, belum pernah jemput Jamal ketika annual dinner. Paling hebat pun dapat Ziana Zain.........agaknya berapa la kos bayar Jamal tu? Takkan dia datang sukarela kan?

Sekolah anak pb ni kalau minta sumbangan, siap bagi surat mengatakan tidak boleh kurang dari RM5. Bayangkan kalau sorang murid, parent bagi RM10 (sekolah dia kira loaded jugak makbapak budak2 tu). Makannya cuma biasa2 je, budak2 pun bukan makan sangat. Bukan la nak mengungkit apa yang telah kita sumbangkan, tapi kalau dah nama sumbangan, tak boleh la hadkan berapa yang sepatutnya kita kena bagi.

Apa2 pun pb halalkan semuanya. Mungkin ini yang terakhir kali dia bersekolah di sini. Banyak benda tak puas hati dengan sekolah. Lebih2 lagi soal pilih kasih. Ada murid yang anak cikgu dibiarkan bermain komputer dalam kelas sedangkan orang lain buat kerja. Kalau betul sayangkan murid, biarlah sama rata. Jangan di tunjukkan depan murid lain. Budak sekarang bukan macam dulu, lurus bendul. Walaupun tahun 3, mereka dah pandai membezakan mana yang baik, mana yang buruk.

Seperti anak pb, dia mudah terasa. Pernah sekali dia tak datang sekolah (sambung cuti raya sebab takde tiket nak balik), semua murid2 dalam kelas sebut nama dia bila cikgu tanya siapa yang tak datang tempohari. Sedangkan ada lagi orang lain yang tak hadir sama. Tindakan merotan di ambil pada pelajar lelaki sahaja, sedangkan budak perempuan tidak. Adil ke tu?

Bagi pb, tak kisah nak rotan atau denda tapi biar adil. Sebab dia akan soal pb bila balik rumah. Alasan apa nak jawab kat dia? Sebab perempuan lemah dan tak boleh di rotan? Takut dia menangis dan mengadu bila balik nanti?

Cikgu disiplin pun satu hal. Patut ke dia cakap, saya taknak tau masalah awak. Kalau anak murid yang bijak, dia akan cakap balik, "lepas ni kalau ramai  murid tak datang dan cikgu kena sound dengan guru besar, itu bukan masalah saya". Seharusnya cikgu kena dengar juga masalah anak murid, jangan lepaskan kemarahan tanpa usul periksa. Tau la kerja cikgu banyak, Tapi budak2 kekadang takkan faham masalah orang atasan. Terpulang bagaimana kebijaksanaan cikgu itu sendiri untuk menanganinya.

Maaf la ye kalau cikgu2 diluar sana terasa. Hubby pb pun cikgu juga. Dia nak terasa, rasa la......

5 ulasan:

  1. kengkadang ni cikgu tu nk majlis diorang berjalan lancar dan meriah, sbb tu kena wajib segalanya... kalau saya rasa tak setuju, saya bangkang jer...kalo teruk sangat, saya jumpa cikgu tu, tanya apa masalah dia.. kita skang ni kena bijak, takleh bagi orang pijak kepala

    BalasPadam
  2. kids are very demanding these days, not only in school but sama dengan ibu bapa. Anak saya pun dulu begitu and walau pun sudah besar, demand in other ways.

    BalasPadam
  3. CK, anak pb ni tak suka makbapak dtg komplen kat cikgu. Dia takut org akan kata dia suka mengadu dll dan takut dipulau. Jadi selagi boleh sabar, perkara tak membabitkan cedera atau yg teruk2, kita org diamkan saja. Pot pet belakang je...hehe..

    BalasPadam
  4. Nava K, kids today, mcm tu la...manja tapi kita boleh atasi dgn cara kita yg terbaik.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)