my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Hanya gambar jadi kenangan

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...

Balik raya hari tu pb sempat snap gambar arwah bapa pb kat atas meja (dlm frame). Pb takde sekeping pun gambar dia. Dah minta kakak tolong buatkan satu untuk pb. Orang-orang dulu mana ada banyak gambar. Kalau ada pun bersepah sana sini, rumah saudara sana, rumah adik beradik la........

Masa pergi rumah adik arwah, katanya banyak gambar arwah tapi makan masa nak cari. Hujung tahun ni pb rasa nak tidor rumah dia dan cari semua gambar yang ada dalam simpanan.

Ketinggian arwah memang tak seberapa dibanding dengan emak. Walau arwah lebih tua dari emak dalam 10 tahun gitu, emak tetap nampak macam sebaya dengan arwah. Kulit arwah putih, apa yang pb dengar dari kakak. Tapi pb tak ikut macam dia. Kakak la yang banyak mewarisi rupa dan kulit dia. Bagaimanapun pb bangga jadi anaknya sekali pun pb tak dapat memeluk dan mencium arwah ketika hayatnya.

Semoga arwah bersemadi dengan aman di Tanah Perkuburan Mahmudiah, Johor Bahru. Ampun dan maaf kerana anak mu tidak dapat hadir selalu ke makam mu. Hanya doa dikirimkan setiap kali selepas solat.

4 ulasan:

  1. saya tertarik dgn header akak.. mungkin saya panggil akak, sesuai x?
    ermmm...
    berfikiran positif.. bukan mudah andai sering mendengar sesuatu fakta yg negatif... huuuuu...............
    moga allah cekalkan hati.

    BalasPadam
  2. salam pb...al-fatihah buat arwah abah pb yer...:)

    BalasPadam
  3. Norma...panggil akak la lebih manis. Berfikiran positif hidup lebih tenang dan ceria, bagi akak.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)