Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi...
Hari ni pb sakit kaki, lepas solat asar semalam petang, ntah macam mana tetiba kaki ni seperti krem pulak. Hingga ke hari ni (selasa) pb masih melepak depan tv je. Tak boleh nak lasak sangat buat kerja sebab langsong tak boleh gerak terlalu aktif.
Anak pb pula kakinya agak bengkak sedikit dan kemerahan kerana di sepak oleh sorang budak lelaki ketika pulang dari sekolah. Budak tu bawa gunting dan minta duit. Anak pb cuma bawa RM2 je setiap hari. Dalam poket ada RM1.50 sebab dia pecah duit untuk talipon ayah dia, bagitau balik lambat sebab bas rosak.
Pb ada ambil gambar kaki dia yang bengkak tu dan ada post kat facebook. Terima kasih pada teman2 yang perihatin memberi komen dan nasihat supaya kami report pada pihak polis. Tapi kami tidak ada buat apa2 tindakan setakat ni cuma nasihatkan anak supaya jangan berjalan sorang2 ditempat yang jauh dari kawan2. Kejadian berlaku ketika dia melintasi sekolah disebelah sekolahnya untuk menunggu bas. Jam ketika itu pukul 1.30 pm dan ramai murid yang telah pulang.
Pb dan suami cuma nasihatkan dia supaya jangan berseorangan dan tunggu saja bas di depan sekolahnya. Sekiranya ada berlaku lagi, pb nasihatkan dia cepat2 cari orang yang boleh membantu atau duduk dalam kelompok yang ramai.
Apa yang merisaukan kami, anak tu tak pandai mempertahankan diri sendiri. InsyaAllah tahun depan tukar sekolah yang dekat dengan rumah dan ada cadangan nak hantar ke kelas tekwando.
Jadinya kami ni macam berjanji pula hari ni sakit kaki. Entah boleh masak malam ke tidak sebab nak diri pun susah, apatah lagi nak kehulu kehilir kat dapur. Makcik yang biasa urut pb tu tak angkat talipon la pulak........sibuk pergi mengurut la tu......
Apekah? Budak2 Mengepow duit bdk lain? Seramnya!
BalasPadammin ada bc kat fb akak td..lupa nak komen kat ctu..ptak dok pk2 abey nk ke kl ptg ni...macam2 bdk2 skrg..berani x bertempat...aziz kna masuk taekwando camni....
BalasPadamMommy...iye, tapi ni budak yg dah abis sekolah, kiranya belasan tahun kot.
BalasPadamMin, nampaknya mcm tu la....dia tu dah la penakut, dgn budak kecik pun nangis.
BalasPadam